Pening Aku Fikir Pasal Boyfriend

Sebagai pengenalan, sy perempuan berusia 30 tahun, bekerja di ibu kota di sektor swasta, anak bongsu drpd 4 org adik beradik. Berpendidikan diploma dan ijazah. Bersaiz obesiti cuma berpenampilan kemas dan menarik.

Drpd keluarga sederhana di selatan tanah air. Adik beradik alhamdulillah semua telah berkahwin dan pasangan masing2 mempunyai kerjaya yg baik.

Sy mempunyai masalah untuk mempercayai lelaki. Mungkin sbb pengalaman2 sblm nie byk mengajar sy. Sy x percayakan lelaki tampan putih segak. Sy x percayakan lelaki berkedudukan dan perpendidikan. Dan sy juga x percayakan lelaki yg ada ilmu agama/warak orgnya. Pd sy semua sama. LELAKI.

Sekarang, hati sy kembali terbuka utk bercinta dan dicintai.

Sy mempunyai dilema dalam membuat pilihan. Berkenalan dgn lelaki negeri berjiran A pd tahun 2014, mempunyai ijazah dalam perundangan, keluarga berkedudukan dan bisnes keluarga. Perhubungan sampai dipengetahuan keluarga. Tp selepas tu sy tinggalkan dia sebab dia berkelakuan yg x sepatutnya terhadap sy.

Sy juga berkenalan alam maya dgn jejaka dr pantai timur B pada tahun 2007. Hanya mempunyai sijil kemahiran. Bercinta tanpa bersua muka sehingga 2014. Sy tinggalkan dia utk lelaki yg lain walhal sepanjang perhubungan kami jrg ada masalah.

Sekarang, sy kembali bercinta alam maya dgn si B beberapa bulan yg lalu setelah kami bertemu semula melalui medium fb. Sy sgt sygkan B. Sy sendiri pun tak tahu knp sy boleh sayangkan dia sepenuh hati. Walaupun xpernah bersua muka, layanan dia pd sy masih sama. Skrg dia bekerja di site dia hujung selatan tanah air hanya sbg pekerja kontraktor biasa. Bekerja sblh malam dan hanya bercuti pd hati ahad.

Dalam masa yg sama si A cuba memujuk sy utk seperti dulu, utk menjadikan sy yg teristimewa dlm hidupnya. Sblm2 nie A ada memohon maaf dan sedar akan kesilapannya. Cuma sy yg keras hati.

Sy tak cintakan A. Tp sy tahu family sy tak akan merestui hubungan sy dan B. Sy sendiri keliru.. pilihan hati ataupun restu keluarga.

Munkin sy perlu lepaskan keduanya agar demi menjaga hati keluarga.. sy betul2 xtau apa yg perlu sy buat. Skrg sy rasa bersalah pd B sbb A sedang berusaha utk kembali pd sy. Moga dgn pandangan2 saudara dan saudari mampu memberi sy jalan yg terbaik utk sy pilih.

Terima kasih.

Advertisements