BERCINTA SAKAN TAPI TAK KEKAL

Mengapakah sukar mencari pasangan hidup? Bila dah ada pasangan sukar pula bahagia. Ini persoalan yg sering terjadi kepada kita semua.

Dalam bab memilih jodoh seringkali kita terlupa fokus kpd perkara utama tentang pasangan kita. Ini disebabkan kita terlalu memilih pasangan hidup berdasarkan pertimbangan emosi (cinta) d bukannya rasional. Disebabkan pengalaman d pengetahuan kita tidak seluas ibubapa, seringkali pilihan kita tidak tepat d menemui kegagalan. Ramai yg berkawin atas dasar cinta, yg diharapkan jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat tetapi kecundang di pertengahan jalan. Kadang2 perkahwinan yg berlandaskan cinta tidak disertai dgn keserasian biasa berlaku penceraian spt taraf hidup, umur, kedudukan ekonomi d sebagainya.

Pernah terjadi kepada seorang sahabat saya yg lulusan universiti berkawin dgn lelaki yg ada SPM sahaja. Mereka menyulam cinta daripada tingkatan 3 lagi. Wow…wow biasalah kalau sedang bercinta semua nampak indah dimata. Bertahun2 janji dipadu. Selepas Tamat pengajian kedua2nya disatukan sebagai suami isteri dgn restu kedua belah pihak. Lagi pun kedua keluarga ini ada pertalian saudara jauh, dgn ikatan perkahwinan ini hubungan kekeluargaan bertambah rapat.

Tahun pertama memang tersangat bahagia. Isteri yg bekerja sbg pegawai bank mampu hidup mewah sb pendapatan tinggi. Si suami yg bekerja sbg pegawai pemasaran di syarikat jual kereta pendapatan tidak menentu, kadang2 banyak kadang2 sikit. Ini bermakna si isteri terpaksa bayar semua termasuk rumah d kereta, suami pakai motosikal jer. Apabila dapat anak pertama, rumah tangga mereka goyang d akhirnya runtuh. Memang tak dapat diselamatkan lagi sebab si istri dah membangkit dia bertukar jadi ketua keluarga. Suami pulak walau selalu mengalah lama2 tak boleh bertahan, kesabaran dah hilang. Sebabnya semua isteri kena bayar termasuk pengasuh anak. Suami bantu sikit2 jer. Kesihan yg jadi mangsa bayi mereka.

Tiga tahun selepas itu saya terserempak dgnnya di pasaraya dgn seorang lelaki lain. Kami sebenarnya jarang berhubung kerana kesibukan tugas masing2, bila dia perkenalkan itu suaminya, sy terkejut beruk mcm ayam berak kapur. Maklumlah dgn bekas suaminya dulu bercinta sakan mcm Romeo d Juliet tiba2 putus di tengah jalan. Dia pun beritahu dia kenal husbandnya melalui media sosial, Kelab Mencari Jodoh hahaha seronok pulak storynya. Dia puji melangit suaminya barunya, katanya serasi sangat, kerjapun bagus. Saya senyum sampai ke telinga, nsk cakap apa lagi tuan punya diri cakap tersangat bahagia, husband pula angguk-angguk saja. Perkahwinan mereka dah masuk 2 tahun. Hanya 3 bulan mengenali suaminya terus ambil keputusan berkahwin, berbanding dulu 4 tahun bercinta berkawin setahun. Hahahaha…jauh beza tu.

Sebenarnya dalam rumah tangga, kita memerlukan banyak pengorbanan. Samada drp emosi atau ego. Jangan kira siapa yg lebih bayar itu dan ini. Kalau gaji suami kecil isteri yg perlu bantu, begitu lah sebaliknya. Barulah penceraian dapat dielakkan d anak2 tidak menjadi mangsa penceraian.

Saya nak tanya, anda berada dalam kategori mana? Janda, duda, anak dara atau teruna.??? Kalau duda atau janda berapa lamakah anda hidup sendiri?? Kalau anak dara atau teruna berapa kalikah anda putus cinta???

Mari kita bincang. Tiada masalah yg tak dapat diselesaikan. Janji anda tidak berputus asa untuk mencari cinta baru. Bahagia sentiasa menanti. In Sya Allah.

Advertisements