BAGAIMANA MEMILIH PASANGAN YANG IDEAL. KALAU ADA KESUNGGUHAN PASTI BOLEH.

Memilih pasangan hidup samada memilih suami atau isteri merupakan satu perkara penting yg perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Jika tersalah memilih risikonya boleh mendatangkan kesan buruk terhadap diri d keluarga, iaitu rumahtangga porak pranda d anak2 menjadi mangsa.

Justeru itu jika anda mengenali seseorang d berhasrat ingin menjadikanya pasangan hidup, anda perlu memastikan kejujurannya, keikhlasannya, persefahaman, saling menghormati terutama keluarga anda, tidak materialistik, bersopan santun d yg paling penting tidak kedekut hahaha..

Pasangan yg ideal sangat unik kerana memiliki cinta sejati. Sejak daripada muda hingga ke usia emas mereka menghabiskan banyak masa bersama. Cinta mereka sentiasa segar harum mewangi meniti usia. Tidak ada istilah tua ganyut dalam percintaan kecuali sentiasa berasa muda kerana bahagia disinari rasa cinta yg berpanjangan. Kata org kentut pun berbau harum hahaha..

Bila bercakap bab pasangan yg ideal, sy teringat sepasang suami isteri warga emas yg tinggal di kampung saya. Mereka mempunyai dua org anak lelaki yg telah bekerja di bandar. Yang seronoknya mak cik ini suka bercerita kisah masa mudanya. Menurutnya suaminya dulu handsome, ramai wanita tergila2kannya tetapi suami mak cik tak layan. Kejujuran d kesetiaan suaminya itu pengikat kasih sayang mereka hingga kini.

Mak cik ni story sebelum berkahwin dgn pak cik, dia banyak menguji pak cik termasuk minta bantuan sepupunya memikat pak cik tapi tak berjaya. Usaha kedua bila dating selalu datang lewat d bawa adik bersama, pak cik tetap happy tak pernah marah. Tengah malam pun kalau mak cik minta tolong dia sanggup datang walau ribut melanda. Memang susah nak cari yg setia mcm ni sebab tu mak cik pilih pak cik walau ada kumbang lain nak memikat.

Mak cik pun tunjuklah gambar masa muda mereka. Memang pak cik ni handsome sangat, wajah pak cik saling tak tumpah seperti Salman Khan, pelakon filem Bollywood. Mak cik ni pun cantik juga sebagai gadis melayu desa. Walau pun saya rasa tak sepadan, jodoh mereka telah ditentukan oleh Allah SWT.

Menurut mak cik walaupun hidup mereka bahagia, kdg2 rumah tangga mereka dipukul badai, bukan kerana ada org ketiga tetapi kerana kesempitan hidup. Pada masa itu mereka cuma berkebun, pendapatan tak beberapa. Anak2 masih bersekolah tetapi mereka tak pernah mengeluh. Mereka sentiasa bersedia mengharungi segala halangan yg berlaku d bakal berlaku. Akhirnya selepas bertarung dilautan bergelora mereka berjaya menghantar anak2 mereka ke menara gading. Kini anak2 mereka mempunyai kerjaya yg bagus.

Benarlah kata orang susah dahulu senang kemudian, hidup ini seperti pentas sandiwara, kita adalah pelakon2nya yg membawa pelbagai watak. Kita sering diuji dlm setiap episod kehidupan. Di situlah peranan kita utk terus bersabar menghadapinya hingga kita mampu membentuk keharmonian dlm setiap langkah menuju kebahagiaan.

Tidak hairanlah pasangan yg ideal sentiasa ceria kerana dimana saja mereka berada d hati mereka sentiasa tertanam perkataan ‘l love you’ janji setia, kasih berpadu hanya suami atau isteri yang satu, tidak dua d tidak tiga. Hahaha seperti dunia INI syurga milik mereka berdua.

Bagaimana dgn anda? Adakah anda akan jadi sebagus mak cik? kadang kala kita rasakan diri ini cukup sempurna tetapi sebenarnya memerlukan sedikit perubahan. In Sya Allah dengan perubahan tadi maka hadirlah jodoh untuk kita. Maka jadilah anda PASANGAN YANG IDEAL. Bahagia selamanya.

Advertisements