Pengantin Penyamun @ Takut Kantoi Dengan Bini

Bila kita lihat gambar perkahwinan ini terdetik di hati, siapa mereka ? penyamun atau perompak yang melangsungkan perkahwinan ke ? Atau mungkin kes kahwin dua. Takut kantoi dek bini pertama agaknya.

Namun begitu ini bukanlah sebab takut bini atau kumpulan perompak sedang melangsungkan perkahwinan sebaliknya adalah gimik sebuah agensi dalam menjankan penggambaran khusus untuk jurugambar dari Australia.

2

Menurut agensi berkenaan, gambar terbabit sebenarnya adalah hasil kerjasama antara pihaknya dengan Aliza Butik di Seremban dalam menjayakan projek penggambaran seorang jurugambar dari Australia.

Ramai yang mengatakan bahawa gambar tersebut diambil ketika majlis perkahwinan adalah tidak benar. Pihak Aliza Butik yang menyediakan pakaian pengantin manakala agensi berkenaan bertanggungjawab untuk menguruskan sesi penggambaran berkenaan.

 

Menurut Harian Metro lagi, apa yang ingin ditonjolkan adalah keindahan adat perkahwinan Melayu dan kecantikan pakaian tradisional. “Oleh itu wajah model ditutup menggunakan sarung bagi menonjolkan adat itu sendiri selain menyuntik elemen kesenian. Malah jika dilihat hasil gambar di akaun Instagram jurugambar terbabit, kebanyakan gambar banyak menggunakan konsep sama,” katanya.

Gambar-gambar tersebut menjadi tular dan mendapat sehingga 27,000 perkongsian.

Artikel Berkaitan : Aku Tertipu Dengan Ustaz Playboy

 

Advertisements