Ini Sebabnya Kenapa Pemandu Lori Tak Mati Enjin Ketika Berhenti Rehat

Mesti ramai dalam kalangan kita yang perasan mengapa kebiasaannya apabila pemandu lori, trailer atau bas berhenti di tepi jalan untuk makan atau sebagainya, mereka tidak mematikan enjin kenderaan. Hal ini disebabkan, enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang dipandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari kawasan Industri Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang. Walaupun sewaktu berhenti sama ada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori tidak akan ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan pemandu lori selama ini, selepas enjin dihidupkan, pemandu lori akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) barulah mereka akan memulakan perjalanan (kebiasaannya dalam lingkungan 80 darjah Celsius). Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya.

Enjin lori memiliki cc yang  besar, silinder yang banyak, dan ‘compression’ yang tinggi. Dengan gabungan kesemua elemen-elemen di atas, sudah tentu enjin tersebut akan menjadi sangat ketat/berat untuk startup/cranking. Setelah tolak campur kali bahagi, tidak bijak untuk ‘cranking start’ lebih dari sekali sehari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat ‘starter’ motor.

Sistem brek dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin. Jika enjin dimatikan, tekanan angin di dalam tabung akan berkurang atau habis. Disebabkan itu, mereka jarang mematikan enjin. Masa yang lama diperlukan untuk ‘compressor’ mengisi angin ke dalam tabung (bergantung jenis lori). Selagi tekanan angin tidak penuh di dalam tabung tersebut, selagi itu lori tidak boleh bergerak, sistem brek dan klac tidak berfungsi. Kebanyakan lori menggunakan enjin diesel. Enjin diesel memerlukan ‘heat’ yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Enjin diesel yang selalu dimatikan enjinnya, (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat enjin menjadi “warp” atau bengkok.

Oleh sebab itu, pemandu lori tidak mematikan enjin kecuali lori tidak di gunakan dalam jangka masa yang panjang (melebihi seminggu) kerana takut enjin akan menjadi bengkok. Bukanlah kerana susah dihidupkan, tetapi disebabkan lori/bas menggunakan brek angin. Apabila enjin ‘running’, tekanan angin menjadi sekata. Jika mereka memberhentikan enjin,  tekanan angin akan berkurangan, jadi mereka perlu menunggu tekanan tersebut naik semula barulah boleh memulakan perjalanan (masa men

Advertisements