5 Langkah Mudah Ini Penting Untuk Ibubapa Pastikan Anak-anak Sentiasa Selamat

 

Sudah terlalu banyak kes budak hilang dan diculik malah ada juga kes anak-anak kecil yang dibunuh telah menghiasi muka depan akhbar-akhbar. Ibu bapa pastinya tidak senang duduk untuk membiarkan anak-anak anda bermain dengan rakan-rakan mereka atau membiarkan anak mereka berseorangan.

Berikut adalah tips mudah untuk para ibubapa dalam memastikan anak mereka selamat. Anak-anak sememangnya permata dalam hidup setiap ibubapa. Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anak anda akan selamat dengan izinNya.

1. UBAH mindset

Acap kali saya mendengar ayat-ayat seperti “dulu tak macam ni pun.”, “Alah, tak ada apalah. Selamat je tu dia pergi,”. Ketahuilah keadaan dahulu tidak semestinya akan kekal sehingga sekarang. Anda perlu mengubah mindset ataupun gaya permikiran anda. Keselamatan anak anda harus diutamakan. Jangan ambil lewa ataupun bersikap acuh tak acuh mengenai keselamatan anak anda. Kadang kala perkara yang remeh pun boleh menjadi besar sekiranya dibiarkan berlarutan.

 

2. AMBIL TAHU DAN AMBIL PEDULI

Kemana sahaja anak anda pergi tidak kiralah sama ada mengikuti rombongan sekolah, pergi menghadiri aktiviti sukan, keluar bermain bersama rakan dan pergi ke pusat tuisyen sekalipun, anda harus ambil tahu perihal anak anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah

1. Mengetahui dengan kemana dan dengan siapa anak anda keluar

2. Jika bawah umur, pastikan ada orang dewasa menemani mereka

3. Ambil nombor telefon rakan anak anda dan ibubapa rakan

4. Pastikan anak anda pergi ke tempat yang sepatutnya dan tidak melencong ke tempat yang lain.

5. Sentiasa menghubungi anak.

 

3. Tetapkan SYARAT

Sama ada anak anda bawah umur ataupun tidak, anda harus menetapkan peraturan sekiranya mereka ingin keluar. Ini adalah sangat penting kerana tanpa peraturan anak anda akan bebas bergaul dan mula mengabaikan rumah dan keluarga. Antara syarat yang anda boleh tetapkan:

1. Beri tempoh masa dan waktu anak anda sepatutnya balik. Kalau sebelum pukul 10, anda harus memberitahu anak anda dengan lebih awal dan pastikan anak anda mematuhi peraturan tersebut.

2. Wajib hubungi ibubapa untuk pergi kemana sahaja, sama ada ke kedai, berjumpa kawan. Gunakan segala cara untuk berkomunikasi. Whatsapp, mesej dan sebagainya.

3. Jangan terlalu mengikut kawan. Minta izin dahulu daripada ibubapa.

 

4. PENTING ( PERIKSA segala akaun media sosial anak)

Ibubapa pastikan anda memeriksa akaun media sosial anak . Sila periksa segala jaringan rakan anak di Facebook, whatspapp, twitter, wechat dan sebagainya. Mungkin anak anda tidak selesa tetapi anda harus mengingatkan anak anda agar:

1. TIDAK upload gambar-gambar berbentuk privasi

2. TIDAK atau jangan upload gambar keluarga

3. JANGAN percaya dan KELUAR dengan orang yang tidak dikenali dalam media sosial

4. JANGAN letak password pada handphone agar senang untuk  ibu bapa akses

5. JANGAN sebarangan melayan sesiapa didalam media sosial lebih-lebih lagi yang tak dikenali.

 

5. MAINKAN peranan

Ibubapa. Anda bukan sahaja pelindung tetapi anda juga guru dan sahabat kepada anak-anak. Jadilah rakan kepada anak anda. Dengan itu, anak tidak akan takut dan segan untuk berkongsi rahsia dengan anda. Ajar anak untuk rapat dengan adik-adik. Ini adalah untuk memupuk sifat pentingkan keluarga daripada segala-galanya.

Apa peranan yang boleh dimainkan?

1. Menjadi kawan kepada anak anda

2. Ajar dan nasihati anak anda agar sentiasa meluahkan masalah kepada anda

3. Sentiasa menepati masasemasa mengambil dan menghantar anak ke sekolah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. Sekiranya terlewat, pastikan anak anda berada di dalam kawasan sekolah.

4. Ajar anak untuk meminta izin setiap kali ingin keluar rumah

5. Kenali setiap rakan anak anda

6. Didik anak agar tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan lari sekiranya merasa terancam

Artikel Berkaitan : Tips Atasi Anak Hiperaktif

Advertisements