Aku Tertipu Dengan Ustaz Playboy

Harap kisah ini dapat membuka minda seseorang , jika inginkan pasangan yang baik janganlah melihat luaran sahaja kerana manusia boleh bermain dengan kata-kata dan menutup segala noda.

Waktu itu aku terlalu muda, fikiran pun belum matang lagi. Aku jenis yang pemalu, bercakap  dengan lelaki  jauh sekali. Jalan pun tunduk saja. Kadang, hampir terlanggar  tiang pun ada.

Kawan-kawan  aku kebanyakkannya semua bercouple dan hanya ada 3 orang sahaja dalam kelas yang tak couple. Aku berpegang pada prinsip “Couple sebelum nikah itu haram’’. Bila aku cakap couple tu haram ,orang akan gelakkan aku, orang akan cakap aku poyo, kolot, ketinggalan dan sebagainya.

Suatu hari kawan baik aku buatkan akaun Facebook untuk aku. Mulanya, ada seorang lelaki ni add aku..aku yang agak anti dengan lelaki memang acuh tak acuh je dengan dia.

Namun, dia tak putus asa, dia tetap mesej aku walaupun aku tak balas, walaupun aku tak reply komen dia.Terdetik hati aku untuk stalk fb dia. Aku tertarik dengan dia sebab dia seorang yang alim. Dalam tak sedar aku kerap mesej dia sehingga aku mula jatuh cinta dengan dia.

Aku memang tak percaya  dengan alam maya ni tapi hati aku mengatakan yang dia adalah lelaki yang terbaik. Dia bersekolah pondok dan agama di Terengganu. Dia bagi aku harapan dengan kata-kata manis sehinggakan aku terbuai-buai dalam bayangan.

Pelajaran pun aku tinggalkan dan leka bermesej dengan dia. Aku pernah cuba beberapa kali nak  luahkan perasaan aku kepada dia tapi aku malu dan takut untuk merendahkan maruah aku.

Tetapi, akhirnya aku tewas. Waktu itu sebulan lagi nak puasa, aku luahkan perasaan aku kat dia. Dia pun cakap yang dia suka dengan aku. Aku gembira bercampur malu. Aku malu pada Allah sebab aku luahkan perasaan aku kepada lelaki.

Serba salah mula membelenggu diri. Aku cuba intip dia di fb. Alangkah terkejutnya aku, rupa-rupanya dia playboy, melayan ramai perempuan dan dah ada girlfriend pun.Aku menangis sepuasnya .Aku patah hati, pelajaran entah kemana, padahal dah nak exam waktu itu.

Ada satu hari tu,aku dah putus harapan rasa macam nak bunuh diri. Aku ambil pisau di dapur, baru je aku pegang pisau tu aku teringat wajah mak dan ayah, terus rasa takut kepada Allah. Aku segera beristighfar dan mencampakkan pisau tersebut. Takkan disebabkan seorang lelaki yang aku tak pernah berjumpa aku nak bunuh diri.

Aku putus harapan, nampaknya dia memang suka bermain dengan api. Mungkin ini pengajaran buat aku. Aku redha. Hampir-hampir nak buat benda bodoh  4 tahun yang lalu.

Berdosakah aku? Mungkin ini ujian buat aku kerana alpa dengan Allah.

Artikel Berkaitan: Langit Tak Selalu Cerah, Suram Malam Tak Berbintang, Itulah Lukisan Alam

Advertisements