Panduan Membeli Insuran/Takaful Nyawa

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia  sudah sedar bahawa insurans/takaful memang sesuatu yang sangat penting. Ada juga yang katanya masih mencari-cari, produk atau syarikat yang terbaik bagi memenuhi keperluan mereka. Tidak kurang juga yang kurang jelas mengenai jumlah perlindungan yang patut mereka ada.

1) FAHAM KENAPA ANDA PERLUKAN PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL

Insurans/takaful nyawa ni dibuat untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga apabila berlakunya kematian pasangan hidup atau ibu bapa. Perlindungan insurans/takaful boleh menolong anda dari segi pembayaran hutang rumah, hutang kereta, yuran kolej, bantuan dalam persaraan dan sebagainya.

Perkara yang paling penting adalah insurans/takaful merupakan satu elemen penting dalam perancangan harta. Pendek kata, lebih ramai tanggungan yang bergantung pada pendapatan kita, kita perlu untuk membeli sekurang-kurangnya satu pelan insurans/takaful.

Walaupun anda masih belum berkeluarga, anda perlu untuk mendapatkan perlindungan walaupun dalam jumlah yang kecil untuk masa hadapan kelak.

2) PASTIKAN BERAPA JUMLAH PERLINDUNGAN YANG ANDA PERLUKAN

Berapa jumlah duit yang keluarga anda akan terima selepas kematian anda adalah dipanggil manfaat kematian.

Berapa jumlah gaji anda sekarang x  12

Jadi katakan selepas anda meninggal, keluarga anda dapat meneruskan kehidupan macam biasa selama setahun. Setahun adalah paling minimum kerana ia bergantung pada berapa jumlah hutang anda. Lagi banyak hutang, lagi banyak manfaat kematian yang anda perlukan.

3) CARI JENIS POLISI YANG BETUL

Bila anda sudah tahu berapa jumlah yang anda perlukan, anda bolehlah mula mencari jenis polisi yang sesuai dengan keperluan anda. Anda boleh pilih sama ada mahu mengambil polisi ‘term life’ untuk harga yang lebih murah, atau permanent life untuk mendapatkan perlindungan yang lebih komprehensif.

4) LIHAT KUALITI SYARIKAT INSURANS/TAKAFUL

Kekuatan sesebuah polisi insurans/takaful juga bergantung pada kekuatan syarikat yang menyediakan polisi tersebut. Pastikan anda memilih syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai agar tiada masalah yang timbul pada masa akan datang.

5) DAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL

Penasihat kewangan professional boleh membantu anda melihat secara keseluruhan keperluan kewangan anda dan keluarga.

6) TAMBAHKAN ILMU

Bagi mereka yang tidak biasa memang agak sukar sedikit untuk memahami  kesemuanya mengenai insurans/takaful apatah lagi mendengar perkataan atau ‘term’ yang  jarang didengari seperti premium, , wasi dan sebagainya. Jadi, anda perlu mempelajari sedikit sebanyak perkataan-perkataan yang biasa digunakan dalam insurans/takaful supaya ia boleh membantu anda dalam memilih perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga.

Artikel Berkaitan : Tips Mudah Urus Kewangan Dr. Azizan Osman

 

Advertisements