Video Klip Terbaru Anuar Zain Bersama Sharifah Sakinah “Andai Takdirnya” Boleh Membuat Anda Menangis

Anuar Zain tampil dengan album barunya bersama-sama tujuh lagu yang dimuatkan dalam album terbaru ini iaitu Kembali, Cinta Takkan Berakhir, Kerana Aku Cinta, Hujan (nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad), Belahan Hati, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.

Memang berbaloi bagi para peminat Anuar Zain untuk menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk album ini keluar. Menurut Kosmo,  Anuar mengakui lebih rela mengambil masa yang lama untuk menghasilkan karya terbaik dan bermutu tinggi. “Saya kira semua pihak sedia maklum, saya amat teliti mengenai hal-hal berkaitan dengan pemilihan lagu dan susunan muzik dalam album sehingga tempoh yang diambil untuk menyiapkannya mengambil masa bertahun-tahun. Jadi semua lagu dalam album ini adalah yang terbaik,” kata Anuar.

Ini terbukti dengan penghasilan video klip yang cukup menarik bagi lagu “Andai Takdirnya” hasil gandingan Anuar bersama Sharifah Sakinah. Di dalam klip berkenaan Sharifah dan Anuar merupakan pasangan suami isteri dan dikurniakan seorang anak. Mereka menetap di kawasan kampung dan Anuar bekerja sebagai nelayan. sharifah mendapat tawaran untuk menjadi penyanyi dan mula popular sehingga melupakan keluarga.

Artikel Berkaitan : Video Klip “Jaga-jaga” Amira Othman dilihat 1 juta Kali dalam 10 hari

Advertisements