Video Klip “Jaga-jaga” Amira Othman dilihat 1 juta Kali dalam 10 hari

Video klip lagu ” Jaga-jaga” oleh Amira Othman yang dimuatnaik di Youtube pada 16 september 2016 yang lepas telah mencecah angka satu juta view dalam tempoh sepuluh hari sahaja. Lagu berkenaan yang menjadi OST untuk drama ” Abang Bomba, I Love You” juga menampilkan scenery yang sangat cantik dan segar di dalam klip video berkenaan.

Menurut Amira, dia bersyukur kerana video klipnya mendapat sambutan hangat dari peminat. Ini adalah berkat doa ibubapa dan usahanya yang berterusan sejak tahun 2013 untuk menempatkan dirinya dalam persada seni tanahair.

Drama “Abang Bomba I Love You”  diadaptasi dari novel karya Mia Kiff dan mula ditayangkan bermula 12 September yang lepas. Drama ini dibintangi oleh Hisyam Hamid dan Amira Othman sebagai pelakon utama.

 

Artikel Berkaitan : Jamal Abdillah Kolaborasi Dengan Anak Dalam Dua Lagu Ciptaan Ahmad Nawab

Sedutan Episod 8 drama ” Abang Bomba I Love You”

 

abang-bomba-i-love-you-dramanovel

abang-bomba-1
Sekitar penggambaran drama
Advertisements