Punca Faraj Berbau dan Langkah-langkah Pencegahannya : Pakar O&G

Terdapat banyak produk di pasaran yang menggalakan kita menjaga faraj supaya bersih dan berbau segar walaupun sebenarnya secara semulajadi faraj kita tidak berbau.

Namun, apabila faraj mengeluarkan bau yang kurang enak dan bauan tersebut dikongsi oleh suami mereka ia dikatakan tidak normal.

Kenapa Ia terjadi?  

Vagina mengandungi ekosistem yang seimbang yang di kawal oleh bakteria baik untuk mempastikan faraj anda dalam PH yang sihat iaitu 4.5. Gabungan cecair faraj dan bakteria membentuk lendir faraj yang kadang kadang boleh mengeluarkan bau, tetapi kebanyakan bau tersebut adalah normal.

Tetapi sekiranya bau menjadi keterlaluan ia mungkin memberi isyarat yang anda mempunyai masalah pada faraj. Sekiranya bauan tersebut disertai rasa pedih dan gatal anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

bau-busuk-faraj

Fenomena faraj berbau memang menggusarkan fikiran. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkahwin

Punca faraj berbau

Jangkitan Bacterial Vaginosis (BV)

Vagina biasanya dipenuhi dengan bakteria baik (flora normal) yang penting untuk kesihatan faraj, tetapi jika terdapat gangguan pada ekosistem, maka bakteria yang tidak baik seperti BV boleh mengambil alih tempat yang sepatutnya di penuhi bakteria baik.

BV terjadi disebabkan oleh jangkitan bakteria Gardnerella vaginalis. Gejala BV termasuklah keputihan cair yang berbau hanyir.

Bau menjadi lebih kuat apabila bercampur dengan air mani adalah ini diantara gejala yang kerap terjadi. Jangkitan BV memang merimaskan dan boleh meningkatkan jangkitan kuman lain tetapi ia mudah di rawat dengan mengunakan antibiotik.

Diet.

Pepatah lama seperti “Anda adalah apa yang anda makan” (you are what you eat) sememang benar. Bawang putih, bawang, asparagus, dan kari adalah beberapa makanan yang berbau keras dan diketahui mempengaruhi bau badan.

Ubat-ubatan.

Ubat-ubatan seperti antibiotik boleh memberi kesan terhadap keseimbangan bakteria faraj yang membawa kepada perubahan bau badan. Anti-histamin boleh menyebabkan faraj kering dengan mengurangkan rembesan semulajadi faraj. Terapi herba dan haruman minyak yang disapu pada faraj boleh membunuh flora normal yang menjurus kepada perubahan bau faraj.

Peluh

Sama seperti ketiak anda, kulit di sekitar alat kelamin boleh terdedah kepada peluh berlebihan. Peluh yang keterlaluan bercampur dengan lendir faraj boleh memberikan bau yang tajam dan kurang memuaskan. Tukar seluar dalam (underwear) apabila basah terutama selepas bersenam dan elok gunakan seluar yang diperbuat dari kapas untuk menggalakkan perudaraan.

Perubahan hormon

Jumlah lendir faraj berbeza sepanjang kitaran haid. Terapi hormon, pil kawalan kelahiran dan produk krim faraj boleh mempunyai kesan PH faraj dan bau juga. Menopaus juga membawa kepada perubahan besar kerana tahap estrogen berkurangan boleh membawa kepada peningkatan insiden jangkitan kulat (yis) dan BV.

pantyliner
Memakai pantyline juga boleh menyebabkan faraj berbau 

Tampon yang lupa dibuang.

Darah haid yang diserap dengan tampon boleh menjadi media yang baik untuk pembiakan kuman berbahaya seterusnya memberikan bau yang kurang memuaskan.

Douching

Membilas faraj dalaman boleh membunuh bakteria baik ( flora)  dalam faraj seterusnya mengundang jangkitan kuman.

Memakai pantiliner

Pantiliner boleh menyebabkan perpeluhan dan tiada perudaraan, seterusnya menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Kurang Kebersihan

Kurang ke tandas, tidak menukar seluar dalam apabila basah dan lembab boleh mengundang kehadiran bakteria tidak baik seterusnya jangkitan kuman dan bau yang tajam.

Artikel Berkaitan : Ini Sebabnya Haid Tidak Teratur

Apa yang yang anda perlu buat?

Jika anda bimbang tentang bau anda, tetapi tidak mempunyai gejala-gejala lain, jangan risau, mungkin ia tanda anda kurang pengambilan air atau mungkin juga anda kerap memakan makan yang berbau.

Elak dari haruman. Faraj anda tidak perlu harum dan perlukan produk khas untuk penjagaan. Haruman juga boleh memberikan alergi dan membunuh flora normal.

Pastikan faraj kering. Anda cuma perlukan ia kering dan bersih sepanjang masa. Tukar seluar dalam anda apabila basah dan basuh dengan air biasa setiap kali ke-tandas. Lap faraj sekeringnya dengan tuala kecil.

Kurangkan dehidrasi. Amalkan meminum air secukupnya dan elak dari memakan makanan yang memberi bau tajam seperti petai dan sebagainya.

Probiotik. Anda juga digalakkan mengambil pro-biotik untuk membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria normal dalam faraj.

Basuh Faraj dengan betul. Basuh faraj dari depan ke belakang dan jangan memakai pantiliner kerana ia boleh mengurangkan pengudaraan faraj yang menjurus kepada jangkitan kuman.

Jangan douche. Membilas ruang faraj anda kerana ia boleh membunuh flora normal yang berfungsi menjaga kesihatan faraj anda.

 

Oleh : Dr Raja Juhaidah R Abdullah ,

Tel: 60380648688 ext 8608/ 8609

SMS for appointment: 0123938582

Email: drju99@gmail.com

https://alamhamilblog.com

Advertisements