Lelaki Obses Dengan Tuala Wanita, Jiran Menggelarnya Tidak Siuman. Menjadi Kaya Akhirnya.

Semuanya bermula pada tahun 1998, apabila Arunachalam Muruganantham mengesan isterinya menggunakan kain buruk sebagai tuala wanita. Muruga terkejut besar dan pada masa yang sama sedar peluang yang ada. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat tuala wanitanya sendiri.

Pada mulanya ia seakan sesuatu yang mudah, dia membeli segulung kain kapas dan memotongnya dan membalutnya dengan kain di sekelilingnya sama seperti tuala wanita yang dijual di kedai. Dia seterusnya meminta isterinya untuk mencuba, namun begitu menurut isterinya tuala wanita yang diciptanya itu lebih teruk daripada kain buruk yang biasa digunakannya.

Di manakah silapnya. Apa perbezaannya dengan yang dijual di kedai. Muruga kemudian mencuba bahan yang berlainan pula tetapi berhadapan dengan masalah lain pula. Dia terpaksa menunggu sebulan lagi untuk isterinya mencuba produk-produknya itu. Muruga perlukan sukarelawan untuk membantunya.

Dia mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pelajar perubatan yang berdekatan dengan rumahnya untuk mencuba. Namun begitu mereka terlalu malu untuk memberi maklumbalas kepada Muruga. Kesusahannya itu mendorong dia untuk mengambil tindakan yang agak pelik iaitu dengan mencubanya sendiri. Dengan menggunakan darah binatang dan takungan getah yang diikat pada badannya, dia berjalan-jalan dengan melepaskan sedikit-sedikit darah berkenaan.

Malangnya badannya mula berbau busuk dan pakaiannya penuh dengan darah binatang. Jiran-jiran mula menyedari keadaan Murugan dan melabelnya sebagai seorang yang tidak siuman. Tidak lama selepas itu, isterinya meninggalkan dia untuk tinggal bersama ibunya setelah tidak tahan dengan tohmahan orang ramai.

Muruga tidak berputus asa. Di India hanya 12 hingga 20 peratus wanita sahaja yang menggunakan tuala wanita bersih. Lama kelamaan dia merasakan usahanya bukan sahaja untuk membantu isterinya malahan semua wanita di India.

muruga-machine-lifemag
Muruga dan mesin tuala wanita ciptaannya

Muruga mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produknya dengan bahan-bahan yang betul. Dua tahun selepas itu dia berjaya mencipta mesin memprosesnya. Mesin tuala wanita yang diimport boleh menelan belanja sehingga USD 500,000 manakala mesin yang dihasilkan oleh Muruga hanyalah berharga USD 950.

Persatuan-persatuan wanita dan sekolah mula membeli mesinnya dan sehingga kini lebih 1,300 unit mesinnya telah terjual di 27 negeri seluruh India. Dia juga berhasrat untuk mengeksport ke negara-negara membangun yang lain.

Artikel Berkaitan : Tips Mudah Urus Kewangan Peribadi Dr Azizan Osman

Hari ini dia merupakan salah seorang usahawan yang terkenal di India dan majalah TIME mengiktirafnya sebagai salah seorang individu yang berpengaruh di dunia pada tahun 2014.

Beberapa syarikat besar ada membuat tawaran untuk membelinya namun ditolak Murugan yang hanya menjual kepada pergerakan wanita sahaja.

sumber

Advertisements