Jamal Abdillah Kolaborasi Dengan Anak Dalam Dua Lagu Ciptaan Ahmad Nawab

Datuk Jamal Abdillah akan berkolaborasi dengan anak sulungnya, Osama Yamani, 15 tahun. Kolaborasi ini adalah melalui dua buah single ciptaan Datuk Ahmad Nawab.

Walaubagaimanapun dia dan Osama akan hanya mula bekerja sebaik sahaja anaknya itu tamat PT3 Oktober ini. Jamal sememangnya dilihat tidak mahu mengganggu pelajaran anaknya. Baru-Baru ini dia turut tidak menggalakkan Osama menonton konsertnya “Konsert 3 Suara” yang akan berlangsung di Istana Budaya.

metd_sd_0908_32oknljamal1
Walaupun telah berusia 57 tahun, Jamal Abdillah masih diminati ramai

Menurut Jamal lagi dia berbesar hati apabila Komposer tersohor seperti Ahmad Nawab sudi menawarkan dua single kepadanya. “Dia sudah tidak mahu mencipta lagu untuk artis tetapi apabila saya suarakan hasrat, Ahmad Nawab bersetuju untuk berikan dua buah lagu ciptaannya sejak zaman Sharifah Aini lagi”.

Artikel Berkaitan : MAS Minta Maaf, Bagasi Che Ta Sudah Dipulangkan

Idea kolobrasi ini tercetus apabila ramai peminat yang bertanya tentang itu. Jamal berkata mengapa tidak kerana anaknya juga meminati bidang seni dan mengambil jurusan yang sama di sekolahnya lapor mStar.

 

jamal-ab-1
Jamal Abdillah dan anaknya Osama Yamani
Advertisements