Pegawai Kerajaan dipecat Gara-gara Gambar Viral

Begitulah nasib seorang pegawai kerajaan setelah sekeping gambar yang menunjukkan dia diangkat ketika melalui kawasan berlumpur. Gmbar tersebut tersebar luas di China dan mengundang kecaman orang ramai.

Pegawai berkenaan Bao Xuwei, biro rasmi pendidikan di Taishun, dirakam diangkat dan seolah-olah didokong oleh dua orang lelaki ketika melalui kawasan berlumpur.

 

Ekoran daripada itu siasatan telah dijalankan dan pegawai berkenaan telah dipecat serta-merta. Bao walaubagaimanapun berpendapat keputusan memecatnya yang hanya berasaskan gambar adalah seuatu yang salah.

Artikel Berkaitan : Budaya Pengci di China, Berpura-pura Kena Langgar

Ekoran penyebaran gambar tersebut yang viral di laman sosial, biro pendidikan tempatan mengumumkan mereka menjalankan siasatan terhadap insiden berkenaan dan pegawai berkenaan telah dipecat daripada jawatannya.

Menurut beliau lagi, ketika hari kejadian dia baru sahaja menghadiri satu mesyuarat dan tidak sempat untuk menukar kepada kasut yang sesuai. Semasa menghampiri kawasan berlumpur, dua orang pekerja syarikat insuran menghampirinya dan mengangkatnya. Mereka turut mengangkat individu lain juga pada hari tersebut.

 

Sumber

Advertisements