10 Kereta `Panas’ Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia. Awas Pemilik Proton Wira

Tahukah anda,terdapat 10 kereta kegemaran yang menjadi tumpuan pencuri-pencuri di Malaysia ini.Ramai pasti terkejut apabila mengetahui 10 kereta ini menjadi tumpuan pencuri-pencuri di Malaysia sejak 2014 dan 2015 lagi.

Menurut data yang dikeluarkan oleh General Insurance Association of Malaysia (PIAM) mendapati hampir 60 buah kereta telah dicuri dalam masa hampir sehari.Senarai yang dikeluarkan oleh PIAM itu juga mendedahkan sebanyak 11,796 buah kenderaan dicuri bermula dari bulan Januari sehingga Jun tahun ini berbanding dengan  12,412 buah  kenderaan  dicuri dalam tempoh yang sama pada tahun 2015.

kereta-curi
Seperti yang dijangkakan, motosikal merupakan kenderaan yang paling banyak dicuri

Selain itu, PIAM juga turut mengeluarkan senarai kereta yang menjadi kegemaran pencuri kenderaan pada tahun 2014 dan 2015.

Artikel Berkaitan : Tips Membeli Kereta Terpakai

Menerusi data di dalam senarai itu, dilihat Proton Wira menjadi tumpuan untuk pencuri kenderaan bagi kedua-dua tahun tersebut diikuti dengan Toyota Hilux dan Proton Iswara.

kereta-curi2

Walaupun saiz Toyota Hilux besar, ianya tetap menjadi kenderaan kegemaran pencuri kereta di Malaysia

Advertisements