Filem Air Mata Surga : Kerana Kanser Aku Rela Bermadu

Filem Air Mata Surga merupakan filem keluaran Pengarah Hestu Putra dan Tujuh Bintang Sinema pada 2015 mengisahkan mengenai seorang wanita yang memperjuangkan cintanya sehingga ke akhir hayat.

Fikri (Richard Kevin) merupakan lepasan santri (sekolah agama) juga pemegang PhD dalam bidang Rekaan Dalaman serta memiliki karier yang sukses dalam bidang tersebut. Walaupun ibunya Halimah telah memilih seorang wanita moden untuk dijadikan isteri, Fikri memilih Fisha, seorang pelajar Sarjana yang berjaya menawan hatinya.

008537900_1433326368-dewi_sandra_1
Dewi Sandra pelakon utama filem Air Mata Surga

Penampilan yang begitu sederhana, asli dan pandangan mata Fisha meyakinkan Fikri yang dialah gadis pilihan hatinya. Walaupun didekati teman rapatnya, Hamzah, hati Fisha menganggap Hamzah tidak lebih dari sebagai seorang abang.

ARTIKEL BERKAITAN : Mesej Viral di Whatsapp Tentang Filem Pekak Tidak Sesuai Untuk Masyarakat Malaysia

Perkahwinan Fikri dan Fisha telah diuji dengan episod keguguran kandungan yang membuatkan perhubungan Fisha dengan ibu mertuanya tawar sama sekali. Saat kali ketiga keguguran, doktor mengesahkan yang Fisha menghadapi kanser tahap akhir dan hanya diberikan tempoh yang singkat untuk hidup.

Lebih pahit lagi, bagi menjaga kebajikan suaminya, Fisha mengizinkan Fikri bernikah dengan kawan baiknya Weni. Sesi pernikahan telah disambut oleh Fisha dengan senyuman manis buat suaminya dengan sulaman air mata.

 

Advertisements