Permainan Kanak-kanak 1990an

Masa tidak boleh bergerak ke belakang, tapi segala pengalaman pahit manis akan sentiasa di ingatan. Kenangan di zaman kanak-kanak adalah suatu yang setiap orang tidak boleh lupakan sama ada pahit mahupun manis. Berbeza dengan kehidupan kanak-kanak zaman sekarang, pada pendapat aku, menjadi kanak-kanak pada zaman dahulu adalah lebih seronok sekali. Mengapa aku cakap camtu? Jom aku bawa kita kembali ke zaman kanak-kanak 90an.

1. Main baling selipar
Permainan baling selipar ini adalah satu permainan di mana pemain perlu minimum 3 selipar untuk membentuk piramid selipar . Pemain biasanya terdiri daripada 6 orang dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Cara permainannya adalah para pemain akan membuat undian sapa yang perlu jadi “runner” dan “ shooter” dengan cara membaling selipar ke arah piramid selipar tersebut.

Apabila piramid selipar itu roboh, maka pemain tersebut automatik menjadi “ runner”. Manakala, “ shooter” pula akan membaling selipar ke arah “ runner” sebelum mereka berjaya menyusun kembali piramid selipar tersebut. Permainan ini agak kasar juga, kerana saiz selipar yang besar dan keras mampu mencederakan pemain. Malah, menyebabkan pergaduhan kecil berlaku.

baling-selipar
Permainan baling selipar

2. Tudung botol
Permainan jentik tudung botol ini memerlukan daya kecekapan dan kemahiran teknikal pemain. Mengapa? Setiap pemain akan diberikan sejumlah 5 biji tudung botol. Kebiasaanya, tudung botol diambil daripada tudung botol minuman kaca. 5 biji tudung botol itu disusun secara menegak membentuk menara botol. Pemain akan memutarkan menara tudung botol mereka mengikut arah jam dan apabila 5 biji tudung botol bertebaran, pemain lawan akan menentukan arah jentikan untuk pemain.

Oleh itu, pemain perlu memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk memilih arah jentikan ke arah tudung botol lain yang dirasakan tepat. Kiraan mata bagi permainan dibuat dengan kaedah “timbang” di atas tangan. Satu tutup botol yang berjaya ditangkap selepas di “timbang” mempunyai kiraan 2 mata. Mata maksimum untuk setiap pusingan adalah 10 mata.

jentik-tudung-botol
Permainan Jentik Tudung Botol

3. Tepuk daun terup
Permainan tepuk daun terup ni antara permainan paling mudah dimainkan. Daun terup yang diperlukan adalah bersaiz 2.5cm x 2.5 cm dan mempunyai kekerasan seperti kulit buku latihan 80 muka surat. Daun terup ini akan dijual secara longgok seperti papan board dam aji dan dijual sekitar harga RM 2. Cara permainannya adalah daun-daun terup ini akan disusun tinggi seperti menara kecil sejumlah 20-40 keping daun terup.

Tiada had jumlah pemain dalam permainan ini. Pemain perlu menepuk lantai sekuat hati menggunakan tapak tangan untuk menterbalikkan daun-daun terup mereka di atas lantai. Pemenang akan ditentukan mengikut jumlah daun terup yang berjaya diterbalik di atas lantai. Permainan ini boleh dikatakan “hardcore” juga kerana tapak tangan akan menjadi lebam dan merah-merah akibat tepukan agak kuat di atas lantai.

tepuk-daun-terup
Permainan Tepuk Daun Terup

4. Batu seremban
Permainan batu seremban ini antara permainan popular pada zaman dulu. Apabila bertandang ke rumah sedara mara, permainan ini antara permainan “ feveret” untuk dimainkan. Tujuh ketul batu-batu kecil diperlukan. Saiz batu janganlah terlampau kecil kerana sukar untuk menguitpnya ketika permainan nanti. Cara permainannya adalah pemain perlu menebarkan tujuh ketul batu itu di atas lantai. Pilih satu batu yang dijadikan “batu balingan”. “Batu balingan” akan dibaling tinggi ke atas sambil pemain perlu mengutip batu di bawah dengan pantas sebelum menyambut “ batu balingan” itu bersama.

Oleh itu, pemain perlu cekap untuk mengutip batu di bawah dan menyambut “batu balingan” secara serentak. Pemain dikira kalah jika batu lain bergoyang ketika mengutip batu, tidak sempat menyambut “batu balingan” serta tidak dapat menyambut batu ketika “timbang” di atas tangan.

batu-seremban
Permainan Batu Seremban

5. Main “kahwin-kahwin”
Permainan ini adalah permainan untuk kanak-kanak yang suka berimaginasi dan berangan-angan. Setiap pemain akan diberikan watak masing-masing seperti ibu, ayah, nenek, abang, kakak, pakcik, makcik dan sebagainya. Setiap pemain akan melakonkan watak masing-masing mengikut arahan “pengarah”. Biasanya, “pengarah” ini dilantik di kalangan kanak-kanak yang paling berpengaruh dan berusia di kalangan para pemain. Permainan ini kadangkala boleh menyebabkan pergaduhan jika berlaku salah faham di antara pemain. Maklumlah, usia kanak-kanak masih tidak bijak untuk mengawal emosi mereka.

Artikel Berkaitan : Keburukan Seks Sebelum Kahwin

Ini saya kongsikan sebahagian daripada permainan kanak-kanak di zaman 90an dahulu. Jika ditanya kepada budak zaman sekarang, mereka lebih mengenali permainan video game berbanding permainan outdoor seperti ini. Maka, sosial mereka terbatas dalam kelompok mereka sahaja. Permainan outdoor ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah merapatkan hubungan silaturahim antara para pemain.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s