Gambar Raksasa Loch Ness Terbaru Berjaya Dirakam

Seorang jurukamera amatur Ian Bremmer berjaya merakamkan objek yang kelihatan seperti Nessie semasa sedang memandu mencari rusa di Tasik Loch Ness Bapa kepada empat orang anak itu banyak menghabiskan masa hujung minggunya untuk mengambil gambar pemandangan di sekitar kawasan itu. Tetapi pada hari tersebut, sebelum Ian sempat pulang ke rumahnya di Nigg, dia terlihat tiga bonjolan muncul di permukaan air seakan-akan raksasa legenda Nessie.

loch-ness2
Gambar Nessie yang berjaya dirakam Ian Bremmer

Kebiasaanya saya tidak begitu mempercayai tentang Nessie dan memikirkan ianya hanyalah sekadar tarikan kepada pelancong. Tetapi apabila saya menyaksikannya ia benar-benar membuatkan saya berfikir.

Gambar yang dirakam Ian menguatkan lagi kewujudan legenda itu yang mula diperkatakan sejak tahun 1933. Gambar tersebut juga merupakan imej Nessie yang paling jelas berjaya dirakam. Pada tahun 2001 dua orang nelayan telah melihat objek berukuran 6 kaki yang berupa kepala muncul di permukaan air dan mereka pasti ianya bukan singa laut.

Selepas itu terdapat lima lagi laporan penampakan raksasa itu tahun ini. Sesetengah kawan Ian menganggap gambar tersebut sebenarnya menunjukkan tiga singa laut sedang bermain di dalam air.

tasik-loch-ness
Tasik Loch Ness

SUMBER

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s