China Nafi Jual Daging Manusia Dalam Tin [Gambar]

Kementerian luar China menafikan laporan tentang kononnya sebuah syarikat makanan di China mengetin daging manusia dan mengeksport ke negara Afrika sebagai daging kisar. Sebuah akhbar tempatan Xinhua news agency berkata sebuah tabloid di Zambia telah tersilap lapor kenyataan seorang wanita yang tinggal di negara China.

Wanita itu mendakwa syarikat berkenaan mengumpul mayat manusia, merendamnya dan menjadikannya makanan dalam tin. Jurucakap China, Hong Lei berkata laporan itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab. Duta China ke Zambia, Yang Youming berkata lagi laporan berkenaan adalah cubaan untuk menjejaskan hubungan ke dua-dua negara.

jual-daging-manusia
Gambar yang tersebar di Zambia mendakwa daging manusia dikisar dan di jual di negara Afrika
jual-daging-manusia2
Gambar ini juga turut tersebar di internet 

Gambar yang digunakan dalam laporan berkenaan sebenarnya adalah daripada iklan sebuah video game Residen Evil 6 pada tahun 2012 yang lalu. Dalam gambar berkenaan seorang tukang potong daging kononnya sedang menjual ‘daging manusia’  di London Smithfield Market dan ianya tersebar luas di Zambia minggu ini.

Artikel Berkaitan : Perjalanan Ke Sekolah Mengerikan, Mendaki Cerun Setinggi 800 Meter Setiap Hari

Timbalan menteri Pertahanan Zambia, Christopher Mulenga berkata kerajaan akan melancarkan siasatan ke atas laporan itu. “Kerajaan Zambia kesal dengan insiden tersebut ” katanya. “Kita akan pastikan agensi kerajaan terbabit akan menyiasat dan menyediakan laporan terperinci mengenainya.”

Zambia mempunyai ramai komuniti pendatang dari China yang berjaya dalam perniagaan runcit dan industri pembinaan. China juga merupakan pengimport utama komoditi dari Zambia seperti tembaga dan telah melabur dengan banyak dalam industri perlombongan.

Sumber1 & Sumber2

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s