Rakyat Malaysia Ditangkap Menghuni Lapangan Terbang Changi Selama 18 Hari

Seorang rakyat Malaysia menghuni lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura selama 18 hari selepas tertinggal kapal terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sejak 21 Ogos yang lepas, Raejali Buntut, 33 tahun telah menggunakan 31 pas penerbangan palsu untuk masuk ke lounge di lapangan terbang tersebut.

Raejali pada mulanya mempunyai tiket Air Asia untuk pulang ke Kuala Lumpur pada 21 Ogos jam 7.05 pagi. Malam sebelumnya dia telah mendaftar masuk dan menghabiskan masanya di Plaza Premium Lounge Terminal 1. Dia bagaimanapun terlajak tidur dan tertinggal penerbangan ke Kuala Lumpur dan memutuskan untuk terus berada di lounge sekitar lapangan terbang.

Bagi membolehkan dia masuk ke lounge, Raejali dengan menggunakan kepakarannya telah memalsukan pas penerbangan yang dimuatnaik dari internet. Dia telah memasukkan nama, nombor penerbangan palsu, destinasi palsu ke dalam pas penerbangan tersebut.

Keseluruhannya dia telah memalsukan 31 pas penerbangan untuk kegunaan di sembilan lounge yang berbeza. Walaubagaimanapun pergerakannya yang mencurigakan setelah memasuki lounge yang sama berulang kali, membuatkan seorang kakitangan lounge menghubungi pihak polis. Dia ditangkap oleh pihak polis pada hari Rabu baru-baru ini. Di bawah undang-undang Singapura, Raejali dihukum penjara selama 2 minggu atas kesalahannya itu.

SUMBER

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s