Anda Sukar Hamil, Ini Mungkin Sebabnya [Video]

Sekiranya anda sukar hamil dan pemeriksaan menunjukkan anda tiada masalah ovulasi dan bacaan sperma suami pula dalam kadar normal, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menjalani pemeriksaan pelvis secara mendalam kerana anda mungkin mengalami polip.

Polip Endometrium adalah ketumbuhan rahim yang kerap berlaku di kalangan wanita khususnya pada usia reproduktif iaitu 20-30’an. Polip terjadi apabila lapisan dalam rahim (endometrium) tumbuh dengan cepat dan menjadi bengkak. Polip Endometrium selalunya tidak merbahaya tetapi apabila ia dikeluarkan, ia akan dihantar ke makmal untuk kajian untuk mempastikan ia adalah 100% benign ( bukan kanser).

polip

Polip boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal atau tidak teratur, tetapi polip boleh hadir dalam rahim tanpa sebarang gejala bermaksud, wanita tidak menyedari yang mereka mengalami polip sehinggalah ia di temui secara tidak sengaja seperti semasa ujian ultrasound. Ia juga kerap dikesan semasa ujian HSG.

Adakah Polip endometrium boleh menjejaskan Kesuburan?
Polip endometrium boleh dikaitkan dengan kesukaran untuk hamil. Terdapat satu kajian menunjukkan pembuangan polip meningkatkan peluang untuk hamil. Kajian ini mendapati bahawa apabila polip telah dibuang, kadar kehamilan adalah 63%. Walau bagaimanapun, jika polip itu tidak dikeluarkan, kadar kehamilan adalah hanya 28%. Kajian lain menunjukkan polip yang tumbuh berdekatan dengan lubang fallopian lebih kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil berbanding pada lokasi lain.

Kemungkinan besar polip menghalang sperma dari bersenyawa dengan telur dengan menutup liang fallopian dan jika berlaku persenyawaan kehadiran polip dalam rahim menghalang implantasi dari berlaku. Jika berlaku implantasi pun, ia boleh menyebabkan keguguran oleh kerana ia melekat pada dinding polip bukan rahim. Sekiranya anda mengalami keguguran berulang, eloklah jalani ujian untuk memastikan anda tidak mengalami polip.

Bagaimana diagnosa polip dibuat?
Kebanyakkan polip dengan mudah dapat dilihat mengunakan ujian ultrasound faraj yang berteknoloji 3D. Ia lebih senang di kesan pada pertengahan kitaran haid iaitu sekitar masa ovulasi.

Polip selalunya dibuang mengunakan prosedur HYSTEROSCOPY iaitu Pembedahan minor yang boleh dibuat secara pesakit luar atau Day-Care. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 30 minit dan anda boleh balik pada hari yang sama.

Video Bagaimana polip di buang melalui Hysteroscopy

Sumber dengan izin :

Dr Raja Juhaidah R Abdullah ,

Tel: 60380648688 ext 8608/ 8609

SMS for appointment: 0123938582

Email: drju99@gmail.com

https://alamhamilblog.com

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s