Mbah Gotho, 145 Tahun Manusia Tertua Di Indonesia dan Di Dunia

Mbah Gotho semestinya seorang yang sangat berpengalaman. Malahan dia mempunyai pengalaman yang lebih banyak dari seluruh manusia di muka bumi ini. Mana tidaknya Mbah Gotho baru-baru ini telah diiktiraf sebagai manusia tertua di dunia. Pemerintah Indonesia telah mengesahkan dokumen pengenalan dirinya yang menyatakan dia dilahirkan pada tahun 1870. Dengan pengesahan berkenaan, ramai yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh hidup begitu lama.

mbah-gotho

Mbah Gotho kini berusia 145 tahun dan akan menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 146 pada penghujung Disember ini. Pada abad ke 19, Gotho kehilangan dua orang adik-beradiknya. Dekad-dekad seterusnya pula menyaksikan dia kehilangan lapan lagi adik beradiknya. Dia juga hidup lebih lama dari kempat-empat isterinya, yang terakhir meninggal pada tahun 1988. Kesemua empat belas orang anaknya juga telahpun meninggal dunia. Kini Mbah dijaga oleh cicit-cicitnya .

Mbah juga banyak mengahabiskan masa mendengar radio memandangkan penglihatannya sangat terhad. Seorang yang suka membaca dan merokok, sebelum ini pada tahun 1992 pernah merancang untuk mati apabila membeli batu nisannya sendiri, namun begitu 24 tahun kemudiannya, dia masih lagi hidup. Mbah juga percaya perasaan sabar yang membuatkan dia hidup lama.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s