Pengapit Pengantin Mati Tercekik Muntah Selepas Diajak Minum Oleh Rakan-rakan

Budaya minum arak yang keterlaluan di Negara China telah menyebabkan kematian seorang pengapit pengantin yang mati ketika minum baru-baru ini. Empat video klip yang menjadi bualan netizen menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku. Klip pertama menunjukkan wanita yang berbaju hitam berusia 28 tahun sedang meminum segelas arak ketika malis perkahwinan di Wenchang, China. Klip kedua pula menunjukkan sejurus selepas itu, wanita itu pengsan dengan ditemani rakan-rakannya yang kelihatan tersenyum. Klip seterusnya pula memaparkan doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya di hospital.

bridesmaid_drinking2

Klik di sini untuk Video

Waubagaimanapun, wanita itu gagal diselamatkan dan punca kematian adalah akibat tercekik muntahnya sendiri. Menurut sumber, ke semua rakan-rakannya yang menggalakkan wanita itu untuk minum arak sepatutnya bertanggungjawab ke atas kematiannya. Ramai netizen berpendapat, sebagai seorang yang telah dewasa, wanita itu sepatutnya tahu keupayaan dirinya sendiri dan tidak terlalu terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya yang lain.

Pada tahun 2014 seorang pegawai kerajaan di Guanxi mati akibat keracunan alkohol setelah meminum minuman keras ketika makan tengahari di hari pertama dia bekerja. Ada yang berpendapat kematian disebabkan alkohol adalah berpunca daripada baijiu, sejenis minuman popular di China yang diperbuat dari gandum dengan kandungan alkohol di antara 40% hingga 60%.

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s