Zaman Orang Makan Orang, Repair Paip RM 1200, Repair Aircond RM 800 Gila!

Zaman sekarang ini, zaman orang makan orang. Dahlah kos hidup makin tinggi menggunung. Barang-barang mahal, bawa RM 50 pergi kedai, sekelumit barang saja yang kita dapat. Yang syoknya  masa-masa begini, ramai juga peniaga yang ambil kesempatan. Kita ni dahlah tersepit dia orang pula dengan selamba lagi tekan.

Pernah dua kali rumah aku bocor, air menitik ke tingkat bawah. Mula-mula cuba juga buat tak tahu. Lama kelamaan semakin teruk bocornya sampai bergenang air bertakung.

Tak boleh jadi ni. Aku pun panggillah plumber. Ingat nak tolong bangsa, aku panggillah orang kita. Sampai sahaja di rumah, aku bertanya berapa agaknya kos nak baiki bocor ni. Wah! dia cakap biasa tak mahal, nak kena tengok bocor macam mana dulu.

Lepas dia check sana-sini dia kata dalam RM 400-RM 500 je upahnya. Perghhh mahalnya. Tapi mengenangkan bocor dah semakin teruk, aku setuju. Terus mamat dua orang ni bikin kerja lebih kurang tak sampai dua jam. Selesai kerja, lepas mengemas barang-barang, seorang mamat ni yang aku rasa boss datang kat aku. Kata dia air bocor dari paip dalam dinding, susah nak buat, jadi semua sekali harganya RM 1200.

Mak aiii! Gila ke apa. Puas jugalah aku bertekak dengan dia. Macam-macam alasan yang diberi. Barang mahallah, kerja susahlah, tadi tersilap kiralah. Aku dah malas nak layan, aku terus bayar. Lain kali kirim salamlah aku nak panggil kurang lagi. Bengang memang aku bengang gila.

Ada satu masa ni pulak, Aircond bilik aku buat hal. Tak mau nak sejuk. Aduh parah! Dahlah musim panas. Memang tak boleh belah. Dek memikirkan sebelum ni aku dah kena sembelih dengan orang sendiri, aku pun call syarikat orang lain. Cepat dia datang. Macam biasa nak kena check dulu. Tau sangat aku permainan puak-puak ni.

Selesai check dia kata rosak teruk. Gas Aircond dah melimpah katanya. Kos baiki RM 800. Kalau setuju, dia balik order barang.  Kalau tak nak, bayar RM 80 sebab dia dah datang check. Kapla jingga! Baik aku beli Aircond baru. Aircond aku tu takde la cap ayam brandnya. Panasonic Inverter la jugak.

Aku fikir lain macam jer harga dia RM 800 dengan RM 80. Lebih kurang sama jer angka 8 tu. Dia ingat dia boleh Ong la pakai nombor 8 tu. Kirim salam. Aku kata aku bayar RM 80 je. Lepas tu kurang boleh jalan daa

Nasib baik aku tak bayar RM 800. Sejak daripada hari tu. Aircond tu ok je sejuknya. Alhamdulillah selamat dari kena sembelih.

Begitulah keadaan sekarang ni. Ada saja orang nak ambik kesempatan. Itu kita belum cerita pasal workshop kereta yang sesuka hati nak letak harga. Begitulah nasib kita dalam zaman orang makan orang.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s