Projek Rumah Rakyat Sejahtera

Perlembagaan telah tertulis rakyat mempunyai hak bersuara selepas kuasa kewarganegaraan dalam perkara 2. Hak bersuara rakyat menjadikan negara ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan pemimpin ditentukan oleh rakyat. Sebuah negara terbentuk apabila mempunyai sekumpulan rakyat dalam suatu sempadan yang ditentukan serta mempunyai sebuah kerajaan.

Atas sebab kapasiti untuk membangunkan rakyat maju menjelang 2020, Kerajaan berhasrat untuk membantu golongan berpendapatan rendah melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan golongan sasar : adalah pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan. Rumah (PPR) yang dibina terbahagi kepada 3 jenis : rumah pangsa bertingkat, rumah pangsa 5 tingkat dan rumah teres. Harga sewaan bagi PPR sewa adalah RM 124 sebulan manakala harga pembeliaan PPR pula adalah RM 30,000- RM 60, 000 seunit.

Tidak cukup dengan perumahan sahaja, kerajaan melalui KPKT telah bekerjasama dengan badan pengurusan, badan pengurusan bersama strata dan JKKK untuk menguruskan dan menyelenggara kawasan PPR. Kerajaan juga turut memberi insentif pengurangan cukai pendapatan 100% kepada pihak swasta yang membangunkan kawasan industri di kawasan perumahan yang tidak membangun, serta pengurangan 70% kepada pihak swasta yang membangunkan kawasan industri di tempat lain.

Projek MyHome pula adalah satu inisiatif kerajaan kepada pihak pemaju swasta untuk membina lebih banyak kawasan perumahan kos sederhana rendah dengan kerajaan memberi subsidi RM 30,000 kepada pemaju. Projek Myhome 1 adalah kepada pemohon yang isi rumah berpendapatan RM 3000-RM 4000, manakala projek Myhome 2 adalah kepada pemohon yang isi rumah berpendapatan RM 4001-RM 6000.

Bagi membantu golongan muda yang baru berkahwin (sekali) di bawah umur 30 tahun dengan pendapatan isi rumah di bawah RM 3000, KPKT telah membangunkan sebuah rumah transit untuk membantu golongan ini yang tidak mempunyai rumah. Harga sewaan rumah adalah RM 250 sebulan dengan tempoh sewaan adalah selama 2 tahun.

Golongan muda terutamanya turut dibantu lagi dengan projek kerajaan 1malaysia youth city, dimana kerajaan mahu menyediakan persekitaran yang kondusif dan ekosistem bagi golongan belia melakukan keusahawanan dan bekerja, turut dilengkapi infrastruktur dan fasiliti moden untuk membangunkan golongan belia.

Skim Perumahan Belia juga disediakan kepada golongan belia yang baru berkahwin dengan pendapatan isi rumah adalah di bawah RM 10, 000 sebulan. Rumah yang ingin dibeli pula mestilah di atas harga RM 250,000 dengan had tempoh bayaran adalah 30 tahun.

Projek perumahan penjawat awam disediakan oleh kerajaan bagi membantu penjawat awam yang berpendapatan isi rumah RM 4000 sebulan dengan beberapa kemudahan dan taman rekreasi di kwasan tersebut. Projek rumah mesra rakyat di bawah SPNB memberi peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah kos sederhana dengan kelengkapan dan fasiliti lengkap dan landskap yang menarik.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s