Keburukan Seks Sebelum Berkahwin [Gambar]

Memang resmi orang muda kalau bercinta tu memang lagaknya seperti “lautan api sanggup ku renangi, hutan dan lembah sanggup ku redah, diri ini hanya milik mu seorang”. Amboi macam-macam janji kau pakai. Standardlah kalau dah bercinta mestilah ada berjanji sana-sini. Almaklumlah, nak bagi pasangan kita percaya, mulut kenalah manis.

Opss tetapi awas, dek kerana terlalu percaya dan tergoda dengan nafsu muda, ramai yang sudah terlajak perahu. Banyak pasangan yang belum berkahwin menempiaskan nafsu seks mereka sana sini. Check in check out jer kerjanya. Hotel, resort, chalet, bilik asrama, dalam negara, luar negara hatta dalam kereta pasang Aircond (kereta rosak) pun jadi tempat sepancut dua. Ish!Ish!Ish! Kau kira kau punya sedap je.

Kalau kita fikirkan sedalam-dalamnya, tiada langsung kebaikan seks sebelum nikah. Cukup sekadar mendapat kepuasan. Islam dah kata seks sebelum kahwin atau zina itu adalah berdosa besar. Ini antara akibat buruk seks sebelum kahwin.

1. Pasangan mudah jadi bosan

Habis dah selalu kita pulun, mau tak bosan. Dahlah belum kahwin, tiada ikatan langsung. Bila dah bosan tu mulalah gatal nak cari barang baru. Mulalah nak mengorat orang lain. Habis yang si perempuan yang dah dikerjakan ni siapa pula yang nak. Mulalah dia jadi takut-takut sebab bimbang boyfriend baru tahu rahsia silam. Barang dah kena tebuk tupai. Ingat tak pepatah Melayu “Habis madu, sepah dibuang”.

2. Tiada lagi kenikmatan malam pertama

Bila dah ramai yang mengamalkan seks sebelum kahwin, maka akan hilanglah kenikmatan malam pertama di dunia ini. Mana tidaknya, punyalah bertahun menunggu nak kahwin, mati-mati lelaki ni ingat si isteri ni dara tapi bila malam pertama, eh eh rasanya macam malam ke seratus je. Macam longgarlah awak punya. Jeng jeng jeng! Ha jawablah sendiri.

3. Gangguan psikologi

Bila dah kerap kena tebuk dengan bekas boyfriend lama, si perempuan akan menghadapi gangguan psikologi. Tiada keyakinan diri untuk bercinta lagi. Takut tak diterima lelaki lain. Takut pecah tembelang dan macam-macam lagi bermain di fikiran.

Si lelaki pula terduduk atas katil mengenangkan nasibnya bila mana tahu si isteri ligat rupanya sebelum berkahwin. Bermacam-macam benda berlegar dalam fikiran. Lepas tu mulalah rumahtangga bergoncang. Asal ada perselisihan faham, mulalah kisah silam diungkit pasangan.

 

tanda-siplis
Tanda-tanda anda dijangkiti Siplis

4. Membawa kepada kegiatan seks bebas dan keruntuhan rumahtangga

Jika seks diamalkan sebelum kahwin, keinginan untuk berzina dengan orang lain sentiasa ada walaupun dah berkahwin. Tambah-tambah kalau kita pernah melakukan hubungan seks dengan ramai orang ketika bujang. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kancah seks bebas. Bagi yang dah berkahwin, ianya boleh menyebabkan anda curang kepada pasangan.

5. Tabiat buruk bertukar-tukar pasangan yang sukar dibendung

Apabila seseorang itu galak bertukar-tukar pasangan ianya akan mendatangkan tabiat buruk di mana mereka akan sentiasa rasa tidak puas bersama dengan pasangan masing-masing. Nafsu serakah kian membara untuk terus mencari habuan-habuan baru sepanjang masa. Tidak kira lelaki atau perempuan, ini sudah tentu menyulitkan mereka untuk setia kepada pasangan dan settle down dengan suami/isteri.

6. Amat terdedah kepada penyakit kelamin dan berisiko tinggi untuk mati awal

Kegiatan seks bebas akan menyebabkan anda berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit kelamin. Penyakit seperti Siplis mungkin mudah menghinggapi anda. Hei! anda juga berisiko tinggi untuk dijangkiti AIDS. Jangan kerana seronok anda memilih untuk hidup merana.

Artikel Berkaitan : Tips Hubungan Seks Suami Isteri

bersambung

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s