Malam-malam Ada Bunyi Orang Menangis Dalam Stor

Kisah ini berlaku di kampung aku di Johor , ketika itu aku pulang bercuti semasa sedang sibuk dengan study week untuk final exam di UPSI . Pada suatu malam , ibu meminta aku dengan saudara aku segera ke rumah aku kerana diberitahu bahawa atuk aku sedang meracau dan menangis tanpa sebab yang tertentu . Ketika itu , yang ada di rumah itu hanyalah pakcik aku .

Setelah sampai , aku dan saudara aku terkejut apabila melihat tingkah laku atuk yang semakin agresif melihat tepat di setiap penjuru bumbung dan menyatakan ‘ bunuhlah aku!’ . Aku kehairanan kenapa atuk bertindak sedemikian. . Setelah dibacakan surah Yassin , atuk semakin agresif menolak pakcik yang saiz badannya lebih besar . Panik dengan keadaan ‘menggila’ itu , aku meminta ayahku menelefon ustaz yang juga kawan kepada ayah .Sejurus setengah jam kami bertiga seumpama di dalam alam lain , ustaz itu datang dengan tenang dan membacakan beberapa potongan ayat suci Al Quran terus mencapai tangan atuk yang sudah lumpuh itu .

Betapa pelik apabila kami melihat atuk masih lagi mampu untuk menolak tangan ustaz tersebut dengan sangat kuat.Yang menyeramkan ,sambil atuk menolak, dia masih mampu senyum dengan sinis terhadap ustaz dan sejurus bacaan itu tamat, aku dapat melihat beberapa kesan gigitan yang kemas di tangan kiri atuk itu. Ustaz tersebut telah meminta aku mengalunkan azan di setiap penjuru rumah sambil dia mencampakkan garam dan kacang hijau di tempat tertentu.

Sedang azan berkumandang , betul betul aku merasakan ada sesuatu yang berlari di belakang aku . Seram sejuk aku dibuatnya . Kedengaran juga seperti ada orang sedang cuba menyepahkan ruangan bilik stor di sebelah kanan dengan bunyi seperti tin jatuh , periuk belanga dicampak dan yang paling tidak boleh dilupakan ialah kedengaran seperti ada orang menangis teresak – esak di dalam bilik stor tersebut. Aku hanya mampu bertawakal ketika itu .

Ketika keadaan menjadi tenang dan atuk sudah mula tidur , ustaz telah meminta aku dan sepupu aku menemankan atuk. Mulanya kami keberatan, tapi kami mengiyakan sahaja permintaan ustaz. Ketika semua sudah pulang dan hanya kami berdua yang tinggal , sesaat pun aku tidak mampu melelapkan mata mengenangkan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi . Aku pun mula berbual dengan sepupu aku yang asyik dengan telefonnya itu.

Sedang kami berbual , terdengar bunyi sesuatu seakan ada yang berlari di atas bumbung rumah . Kami melihat antara satu sama lain . Tambahan , ketika itu datang pula hujan yang lebat dan petir yang ganas . Aku juga mendengar seolah olah ada yang mengetuk pintu rumah dengan laju Terasa jantung ini mahu gugur ketika itu .

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s