Aku Wanita Kuat

Kajian mengatakan didunia sekarang wanita lebih ramai dari lelaki
Rata-rata mengatakan juga wanita sekarang lebih kuat dari segi mental dan fizikal
Kadang-kadang sama naik dengan kekuatan lelaki sekarang
Mana tak nya dari awal berkahwin dapat suami yang susah
Dia terima dan redha
Lama-lama berkat kesabaran
Mereka dapat rezeki yang melimpah ruah
Disitu mereka diuji juga
Bila suami dapat kesenangan
Diabaikankan isterinya tadi
Dilupai apa yang dikorbankan dulu
Malah mula menunjukkan belang dan kuasa
Mudah merasa bosan dengan apa yang ada
Mulalah mencari hiburan diluar sana
Dari menipu isteri berkata urusan kerja
Rupa-rupanya ada perempuan muda
Berkepit kesini sana
Tak kira dah pahala dan dosa
Hanya ingat keseronokkan sahaja
Lama-lama terbongkar juga
Dari situ mulalah sengketa
Sampai sanggup melafaz kata
Ke makamahlah keputusan dibuat
Akhirnya gugurlah talak tanpa dipinta
Wanita itu sudah kering airmata
Sudah hilang kata-kata
Dalam hati dikerahkan keringatnya
Dikumpulkan semula tenaga
Agar esok merubah segala
Wanita itu sungguh kecewa
Tapi itu hanya dihatinya saja
Esoknya wanita itu berkerjaya
Untuk kelangsungan hidupnya
Bagi yang ada anak itu adalah untuk mereka
Bagi yang tiada anak itu adalah untuk dirinya
Berapa tahun berlalu
Berkat doa dan usaha
Wanita itu juga telah berjaya
Gembira hidup tak terkata
Walau dihati tiada yang tahu
Payah dan perit dah berlalu
Tetapi kesakitan lalu belum pernah padam
Tiba-tiba si lelaki itu
Datang bertamu
Dia amat mengenali
Datang bersujud dikaki
Memohon ampun dan ingin kembali
Katanya sungguh telah menyesali
Si anak-anak berlari menerkam dirinya
”Ayah..ayah..ayah pergi mana? Kami rindu ayah..”
Melihat itu tiadalah siapa yang sanggup
Luluhnya hati tak terperi
Demi anak wanita itu ketepikan hak diri
Dibuang ketepi ego diri
Dibiarkan anak-anak mendapatkan hak itu
Akhirnya wanita itu memberi peluang sekali lagi
Berazam akan buang cerita yang lama
Berharap lelaki itu suami selamanya
Melihat dia sekarang ini
Mungkin Tuhan telah menghukumnya
Wanita itu yakin Tuhan telah tetapkan semua ini
Dia redha lagi kerana janji Allah pasti
Wanita itu kuat tak seperti yang kita sangkakan…
Dia seperti ibu kita
Mengandungkan kita sembilan bulan
Melahirkan kita dengan mati berkali-kali
Menyusukankan kita walau tak dapat rehat sekali pun
Ketika semua ahli keluarga kita sakit
Ibu kita juga sakit tetapi masih lagi bangun
Menyiapkan makan dan ubat supaya kita cepat baik…
Begitu juga isteri
Cuba bayangkan dan hargailah mereka
Arie.
Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s