Suamiku , Bekas Kekasihku

Suamiku , bekas kekasihku
Setahun yang lepas di mana waktu itu aku baru menjejakkan kakiku pertama kali di pekan batu pahat. Sebuah pekan kecil yang sedang membangun, aku ke sana untuk menyambung pelajaranku di kolej poly-tech mara batu pahat. Di situlah tempat aku tinggal selama 2 tahun setengah aku disana. Pekan yang sangat aku sukai kerana keindahan alamnya, banyak tempat rekreasi, tempat-tempat yang boleh aku lawati dan banyak lagi malah apa yang paling penting adalah di situlah aku bertemu dia yang segar bertakhta di dalam hati sehingga kini.
Dia boleh aku di kategorikan seorang lelaki yang amat “gentleman”, menjadi pengganti papa dan ibu, sentiasa ada di saat aku susah, menemani aku ke mana sahaja yang aku mahu pergi dan paling penting sentiasa menyokong aku dan membangunkan aku di kala aku jatuh. Dia aku kenali ketika aku masih di sem 2 ketika itu aku sedang leka menguruskan gerai burger rakanku , dia datang bersama rakan-rakannya untuk membeli burger. Saat aku terpandang wajahnya aku seolah terpempan dan berdebar-debar. Bukan wajahnya yang membuatkan aku begitu tetapi senyuman dan lirik matanya yang membuatkan aku tewas. Sejak malam itu aku sering ketemu dia apabila rakannya sering lepak di gerai aku berniaga. Sehinggalah satu malam dia tidak hadir ke gerai aku hanya rakan-rakannya sahaja yang hadir memeriahkan suasana malam itu. Aku tertanya-tanya kemanakah dia? Tiba-tiba seorang rakannya datang ke arahku dan memberi sepucuk nota yang di simpan rapi di dalam sampul surat. Pesannya kepadaku jangan buka selagi tidak sampai di rumah. Aku hanya menerima dengan senyuman.
Malam itu aku tidak dapat buka surat itu kerana aku sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan yang akan tiba. Selama 5 hari ianya terselit rapi di dalam buku diariku. Sehinggalah aku teringatkan tentang itu. Aku segera membuka surat. Alangkah terkejutnya aku apabila isi surat itu di tulis oleh dia. Aku tersenyum seorang diri. Alangkah gembiranya aku apabila cintaku tidak bertepuk sebelah tangan. Aku capai telefon bimbit dan aku pantas mendail nombor yang tertera di dalam surat itu. Dia mengangkat panggilan telefonku. Sempatku uji dia, tetapi ternyata dia tidak suka di lakukan begitu.Aku berterus terang kepada dia itu adalah aku. Dia tergelak kecil, dia kata dia bersyukur aku menghubunginya kerana dia sudah lama menunggu aku. Aku tersenyum.
Bermulalah fasa percintaan kami, selama hampir 2 tahun aku dan dia menjalinkan cinta. Apa-apa sahaja aktiviti yang di lakukannya aku akan turut sekali kecuali aku di minggu peperiksaan. Dia juga begitu apabila tiba waktu peperiksaan dia akan selalu membantu aku. Maklumlah dia datang dari bidang yang sama denganku.
Sehinggalah tiba tahun akhir aku, di mana aku akan mengikuti latihan industry. Di sini cinta kami mula goyah. Mula retak disebabkan orang ketiga yang cuba menghancurkan hubungan kami. Tambahan pula,aku sudah mula jauh darinya. Pada mulanya aku hanya membiarkan sahaja gambar-gambarnya bersama gadis lain yang aku dapat dari nombor yang tidak aku kenali tetapi semakin lama aku sudah mula rasa cemburu malah bukan itu sahaja. Sikapku yang dingin membuatkan dia mula bosan denganku. Akhirnya kami berpisah tanpa dia tahu sebab mengapa aku berubah.
Dalam masa 5 tahun, aku cuba untuk menggantikan tempat dia. Tapi tiada siapa yang mampu memenangi hati aku. Hati aku Cuma ada dia. Dia pula aku dengar sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya. Aku hanya mendoakan kebahagiaan dia.
Selepas 6 tahun, aku pulang semula ke batu pahat. Aku sudah ada rumah di sana malah aku sudah ada bisnes sendiri. Kali ini aku terserempak dengan dia di hadapan pintu masuk pasaraya yang aku dan dia dulu sering lawati. Aku rasa bagai nak pitam melihat wajahnya yang sedikit pucat, badan yang kurus. Sungguh aku risau tapi aku tidak mampu berkata-kata. Aku pergi membiarkan dia menghantar aku dengan pandangan yang sayu. Sungguh aku rindu dia. Sejak kejadian itu, aku hampir setiap hari terserempak dengannya kerana dia tahu tempat kegemaran aku di sana. Segala aktiviti yang aku lakukan dulu bersama dia. Masih dia ingat. Tibalah suatu masa dia menghampiriku sambil memegang tanganku. Aku terpana dan aku terkaku. Dia mengatakan dia tidak sanggup kehilangan aku. Tiada siapa yang dia boleh cinta selain aku. Tidak semena-mena air mataku menitis. Tangannyaku genggam kuat. Ku bisik perlahan. Aku juga.
Selepas itu dia memutuskan untuk melamar aku dan kami pun berkahwin. Sungguh aku tidak sangka akan berakhir begini. Ada orang cakap jodoh itu tidak kemana. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Kini aku sudah hampir 15 tahun bersama dia dan dikurniakan anak seramai 4 orang. Sungguh aku bahagia bersama dia. Siapa sangka bekas kekasih boleh jadi suami. Semuanya ketentuan Allah. Semoga ikatan kasih sayang kami berkekalan selamanya.
By: Amanda Aulia

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s