Pengorbanan Seorang Kakak

Ingat lagi pada masa dahulu
Pada tahun 2002
Arwah ibu telah kembali kepada Allah
Tinggallah aku sebagai anak yang paling besar bersama adik beradik yang masih kecik ketika itu
aku anak ke dua dari sepuluh adik beradik
Abang sulungku ketika itu telah berkahwin
Ayah hanya kerja biasa kat kampung
Aku terpaksa keluar dari kampung untuk mencari rezeki
Untuk kelangsungan hidup
Lepas tamat belajar tingkatan 5 (spm)
Masa itu
Aku tak berpeluang untuk menyambung pelajaran
Aku telah merantau ke penang
Dengan berkerja kilang
Masa itu aku balik kampung sebelum arwah
Pergi mengadap illahi
Arwah ibu sempat berpesan kepadaku
Menyuruh menjaga adik-adikku
Aku tak dapat berbuat demikian kerana mereka masih kecil dan bersekolah
Masa aku pindah ke kuala Lumpur
Dan berkerja disana aku ada menyewa sebuah rumah
Adik-adikku yang masih kecil ada 3orang
Yang selebihnya telah berkahwin dan dah ada keluarga masing-masing
Bila aku balik kampung
Mereka bertiga mahu mengikut aku ke KL
Kebetulan masa tu mereka semua sudah tamat tingkatan 5 juga
Aku meminta kebenaran ayah
Ayah izinkan
Sampai KL bersama mereka dan kami berempat semuanya perempuan
Fahamlah aku mereka amat memerlukan kasih seorang kakak setelah ibu tiada
Ketiga mereka memujukku untuk berkerja juga
Aku bagi kebenaran tapi cuma dekat-dekat kawasan rumah sahaja
Kerana aku bimbang ini KL
Bukan kat kampung sana
Mereka baru nak mengenal dunia luar
Aku perlu memantau mereka
Lebih-lebih lagi mereka semua perempuan
Bermulalah tanggungjawabku menjaga mereka
Alhamdulillah mereka cukup mendengar kata
Senang untuk dijaga
Walau sesekali memberontak pengaruh remaja dan kawan-kawan
Akhirnya dapat menyedarkan mereka
Tahun berganti tahun
Bulan berganti bulan
Mereka dah cukup besar dan matang
Mereka dapat berdikari sendiri
Mereka dapat berkerja ditempat selesa
Mereka dapat berkawan dengan gembira
Mereka saling memerlukan antara satu sama lain
Alhamdulillah syukur ya Allah
Banyak masa aku korbankan untuk mereka
Mereka tak pernah lupa
Sampai satu waktu aku tak sedar
Mereka telah dewasa juga
Mereka telah dilamar
Berkahwinlah mereka
Tinggallah aku seorang
Merantau lagi sendiri
Tunggu nasib berpihak padaku
Sambil berdoa pada yang Satu
Aku teruskan hidup
Tanpa melihat yang lalu
Cuma kadang-kadang aku tewas
Rindu akan masa dulu
Harap mereka ingat akan aku
Kerana,
Masa tak boleh diputar kembali…
Arie.
Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s