Tips Hubungan Seks Suami Isteri

Hubungan seks suami isteri merupakan tuntutan fitrah manusia dan tidak boleh dipandang ringan. Kita berkahwin bukan semata-mata untuk seks tetapi kepentingan seks dalam perkahwinan tidak dapat dinafikan. Percaya atau tidak seks juga boleh menjadi penentu kepada kebahagiaan rumahtangga.

Di peringkat awal perkahwinan kebiasaannya hubungan seksual suami isteri begitu hangat dan sengit sekali. Bak kata orang ” pantang tersentuh, mesti on punya”. Pada masa ini memang terasa sangat bahagia. Dunia ini ana yang punya. Walaubagaimanapun apabila perkahwinan sudah agak lama, keinginan dan kehangatan hubungan seksual pasangan mula terasa hambar. Kekerapan melakukan hubungan seks pun mula berkurangan.

Jom tengok tips untuk sentiasa menghangatkan hubungan seks anda.

1. Sentiasa mencuba benda-benda baru

Cubalah benda-benda baru yang boleh merangsang pasangan. Belilah pakaian dalam atau lingerie yang baru bagi perempuan. Cuba peragakan di dalam bilik tidur ketika anda berdua di dalam bilik. Di samping itu juga pasangan suami isteri bolehlah mencuba posisi posisi seks yang baru sepanjang masa. Tidaklah jadi terlalu bosan jika belayar dengan posisi yang sama setiap masa. Kalau tak cepat tidur ‘adik’ si suami tu nanti.

2. Jaga penampilan dan ukuran badan

Suami dan isteri juga perlulah menjaga penampilan. Gaya potongan rambut, ukuran badan pun sangat penting. Sekali-sekala tukarlah fesyen rambut anda atau fesyen misai atau jambang bagi lelaki. Badan pun kena jaga, tak kira suami atau isteri. Mesti nampak ‘bergetah sepanjang masa’. Jagalah ukuran badan. Kebanyakan isteri akan membulat bila sudah 2 atau 3 tahun berkahwin. Kalau badan meliuk lentok menggiurkan, memang tak cari lain dah suami.

Golongan suami pun sama juga, bawa-bawalah exercise bagi nampak fit sikit. Bila nak ‘menghayun’ nanti takdelah semput. Kalau tak setakat 1 minit dah mencungap isteri pun naik bosan nanti.

3. Jaga kecantikan alat sulit

Kemaluan dan payudara wanita adalah objek penaik nafsu bagi lelaki. Jaga kecantikan kemaluan dan payudara anda. Kalau si suami suka bulu kemaluan yang terang benderang, rajin rajinlah bercukur. Kalau minatnya yang tebal-tebal, biarlah tebal sedikit sebelum bercukur.

Payudara wanita amat diminati lelaki. Kebiasaannya selepas bersalin maka perlahan-lahan payudara akan melayut ke bawah. Jika boleh carilah ikhtiar untuk memejalkan payu dara kembali. Memang tak dapat macam mula-mula kahwin, tetapi sekurang-kurangnya tidaklah daif keadaannya sampai menghilangkan nafsu.

4. Ikhtiar untuk memikat pasangan

Bagi wanita apabila telah lama berkahwin, miss v di bawah dah mula melonggar atau kurang mencengkam. Tak sama seperti masa muda dahulu. Cengkaman kuat, sempit dan boleh membawa suami ke dunia yang lain.

Remedinya, cubalah ikhtiar untuk menyempitkan semula di mana yang patut. Boleh juga melakukan senaman untuk mengetatkan miss v. Banyak juga produk-produk yang boleh membantu miss v untuk grip ‘adik’ suami ketika di dalam.

Untuk lelaki-lelaki pula, jangan tak mengaku, majoritinya cepat ‘game’. Bahasa kasarnya cepat pancut. Baru isteri mula nak layan, si abang dah terkemut-kemut sampai ke garisan penamat. Kecewa si isteri. Lepas tu dia buat dak je dengan si isteri. Lagilah angin kawan tu.

Usahalah bagi lama sikit. Macam-macam cara ada (Penulis tak pernah cuba). Boleh cuba minyak belacak, gambir Sarawak dan macam-macam lagi. Jangan berhenti ikhtiar untuk tingkatkan prestasi dan menggembirakan isteri.

5. Persefahaman, hormati pasangan

Walau macamana pun prestasi pasangan di ranjang, janganlah di pandang rendah dan diperlekehkan. Jangan dijaja cerita dalam kain kita dengan orang lain. Hormati pasangan anda. Ada masa si suami tegang, si isteri penat. Ada masa si isteri kehausan, si suami dah berdengkur. Bersabarlah dan cari titik persefahaman. Mesti ada masa dan ketika kedua-duanya boleh belayar bersama. Bincang dan jangan pentingkan diri sendiri. Ingat seks antara faktor kebahagiaan rumahtangga. Fikir-fikirkan.

Pak Long Mohsin

 

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s