Tips Untuk Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dikelaskan sebagai skim jawatan M41 di dalam Sistem Perkhidmatan Awam . Walaupun jawatan ini boleh dikelaskan sebagai jawatan elit dan mudah untuk mendapat kenaikan pangkat, tetapi untuk mengecapi “kesenangan” ini bukanlah suatu yang mudah.

Calon dikehendaki untuk melepasi tapisan demi tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Di sini, saya ingin berkongsi “hot tips” untuk menghadapi peperiksaan PTD ini.

1.      Tahu format peperiksaan PTD

Sebelum menghadapi sesuatu peperiksaan , kita harus tahu format peperiksaan PTD ini. Peperiksaan PTD mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mempunyai 60 soalan pengetahuan am yang meliputi dasar-dasar negara terdahulu dan terkini, jabatan-jabatan penting dalam negara, perkembangan sukan negara, isu-isu berkaitan dengan badan berkanun dan badan tidak berkanun, dan sebagainya.

Setiap soalan mempunyai 4 pilihan jawapan A,B, C dan D dan semua soalan adalah berbentuk objektif. Tapi harus ingat masa yang diberikan adalah 40 minit. Bahagian B pula adalah soalan berkisarkan daya menyelesaikan masalah iaitu soalan logik, graf, pecahan, algebra dan sebagainya. Mempunyai 40 soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 45 minit.

 

2.      Latihan yang berterusan

“ Practice makes perfect!” itulah ungkapan yang sering kita dengar apabila menghadiri program-program motivasi. Latihan dalam soalan daya menyelesaikan harus dilakukan terutamanya soalan matematik kerana ia memerlukan ketangkasan calon untuk menyelesaikan satu soalan dalam masa 1 minit. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk membaca, berfikir dan mengira dalam masa 1 minit untuk setiap soalan. Di sini, calon perlu melakukan “ exercises” soalan-soalan matematik PMR mahupun SPM untuk meningkatkan lagi kecekapan calon menjawab soalan berkaitan graf, pecahan, waktu dan algebra.

Tips yang saya boleh kongsikan di sini adalah melakukan sekurang-kurangya 3 soalan matematik untuk 1 hari. Lagi banyak lagi bagus!

 

3.      Kurangkan masa untuk perkara-perkara remeh

Bagi yang bekerja, ia adalah sukar untuk calon membahagikan waktu kerja dan waktu mentelaah isu-isu semasa dalam negara.  Di sini pentingnya bagi calon untuk mengadakan “group” perbincangan di dalam facebook, wechat mahupun whatssap untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai isu-isu semasa. Biasanya terdapat admin-admin yang terdiri daripada PTD sendiri mengendalikan “group” tersebut. Di dalam group tersebut, calon juga akan diberikan pelbagai tips dan soalan-soalan ramalan daripada buku peperiksaan calon PTD.

Malah, ada di kalangan ahli group tidak lokek untuk berkongsi peta minda mereka kepada umum sebagai rujukan ahli group yang lain. Maka, calon dapat mengurangkan masa mereka daripada terdedah kepada perkara-perkara remeh apabila mengikuti “group” ini dan memberi fokus mereka kepada topik-topik penting dalam group ini.

 

4.      Rajinkan membaca buku Pengajian Am,  Malaysia Kita dan portal-portal berkaitan

Buku pengajian Am STPM  memberi kupasan terperinci mengenai sistem pentadbiran negara, jabatan-jabatan utama dan fungsinya, dan dasar-dasar dalam dan luar negara.  Tidaklah membaca terlalu banyak, cukuplah sekadar untuk memberikan pengetahuan asas kepada calon sendiri misalnya perbezaan dalam sistem pentadbiran kerajaan dan negeri serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Sama seperti buku pengajian Am STPM, buku Malaysia kita juga menjadi rujukan calon untuk mempelajari dasar-dasar negara dalam penulisan santai. Untuk menambahkan pengetahun calon mengenai dasar-dasar negara dalam pemerintahan kerajaan, calon boleh cuba melayari portal-portal kementerian ataupun jabatan kerajaan.

Ini kerana di dalam setiap portal pasti ada fungsi, visi, dan misi serta penerangan mengenai bidang-bidang tugas setiap sub-unit di dalam jabatan tersebut.

 

5.      Tenang dalam situasi tertekan

Ketenangan itu penting bagi calon menjawab soalan-soalan yang banyak dalam masa yang singkat. Tanpa ketenangan, calon akan berasa panik dan tertekan. Lalu, akhirnya calon tidak dapat fokus kepada soalan yang terpapar di depan mata mereka.

Tips yang saya boleh kongsikan di sini adalah calon haruslah membuat persiapan rapi sebelum menjawab soalan. Sediakan pen, kalkulator dan beberapa helai kertas kosong di sisi mereka bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian B yang memerlukan calon mengira dan menyelesaikan masalah. Buku nota kecil serta peta minda calon juga perlu disediakan di sisi bagi memudahkan calon menjawab soalan bahagian A apabila calon terlupa tentang isu-isu yang sudah dibaca.

Jangan habiskan masa untuk tumpu pada satu soalan sahaja, tinggalkan dahulu soalan tersebut. Ini kerana masa akan terus bergerak jika calon tidak beralih ke soalan-soalan lain. Perkara yang paling penting dilakukan adalah doa dan tawakal. Setelah berusaha, kita harus doa dan tawakal kepada tuhan untuk mendapatkan ketenangan ketika menjawab soalan.

Menjadi PTD itu bukan perkara senang, tetapi memerlukan persiapan rapi daripada setiap calon. Calon-calon juga ditapis dan dipilih mengikut kelayakan akademik mereka sebelum diberi peluang menduduki peperiksaan PTD ini.

Hanya calon-calon terpilih sahaja yang menduduki peperiksaan elit ini. Bagi yang berjaya mendapat tempat, gunakan peluang ini sebaiknya. Mungkin, anda merupakan salah seorang pegawai PTD ini kelak. Akhir kata, gudluck!

Artikel Berkaitan: Tips Penting Bagaimana Untuk Bekerja di Luar Negeri

 

Advertisements

One thought on “Tips Untuk Lulus Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

  1. Krja ptd ni tk mnguntungkn disegi kmjuan diri. Tk da apa kmhrn slain gji dn pngkt. Klau nk join private lps tu tak laku. Tp klau niat utk beri khidmat trbaik pd msykt tak pa.

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s