Perkenalan di Media Sosial Membuatkan Aku Jadi Janda

Kisahnya begini. Kami berkenalan melalui media sosial. Masa tu ada majalah yang memaparkan satu ruangan mencari kenalan. Kami berhubung melalui telefon

Lama-lama kami rapat hanya dengan berbual disitu sahaja. Dia muda dari aku 5tahun tapi dari tutur katanya dia sungguh matang.kami aturkan untuk berjumpa buat pertama kali. Dia datang ke Penang untuk berjumpa dengan aku kerana masa tu dia tinggal kat kuala Lumpur. Memang betullah juga kerana aku seorang perempuan dia lelaki dan dia mesti mengalah untuk datang ke tempatku. Pertemuan kali pertama itu membuahkan perasaan yang lebih dari sekadar kawan. Beberapa bulan telah berlalu dia melamarku. Aku dibawa olehnya berjumpa dengan orang tuanya dikampung. Masa tu keluarganya akur kehendak anaknya yang menyatakan hasrat untuk memperisterikanku. Ketika itu riak wajah ibunya amat resah kerana dia masih muda ketika itu dia baru berumur 24 tahun dan aku sudah melebihi 29 tahun.

Walaupun ketika itu dia menyakinkan ibunya dan aku yang dia telah bersedia, aku takut juga melihat situasi itu. Ibunya bagai tak suka akan aku. Aku tak endahkannya kerana yang nak kahwin kami bukan dia. Akhirnya kami bertunang 1tahun mengikut kehendak keluarganya. Oleh kerana ibunya tak merestui kami, kami selalu bergaduh dan hampir nak putuskan pertunangan. Aku selalu kata kepadanya ‘kalau kita ada jodoh adalah ‘ kerana aku dah tak sanggup lagi dilayan tak elok oleh keluarganya.

Bila dah sampai hari nikah kami dan mungkin masa tu jodoh kami masih kuat, aku sahlah menjadi isterinya. Bermulalah kehidupan rumahtangga kami dalam serba kekurangan. Aku berhenti kerja dan ikut suamiku ke kuala Lumpur. Suamiku masa tu hanya menyewa sebuah rumah kosong tak punya apa-apa hanya pakaian kami sahaja. Nasib masa tu aku ada sikit-sikit barang dan peralatan dapur yang aku bawa dari rumah sewaku dahulu dapatlah berjimat sedikit. Oleh kerana kami telah habis wang untuk majlis kahwin aku mengalah menggunakan duit mas kahwin aku untuk beli perabut rumah niat hati nak membantu meringankan suami ketika itu.kemudian rezeki suamiku juga mula bertambah.

Beberapa bulan kemudian aku berkerja dan pada bulan berikutnya aku turun darah. Aku tak tahu aku mengandung kerana tak ada tanda-tanda. Aku keguguran selepas itu kerana sebelum ni aku mengangkat benda berat. Aku dimasukkan ke hospital dan rahimku kena cuci. Suami balik ke KL dan tinggallah aku dirumah mertuaku di melaka kerana berpantang katanya. Disitulah Allah mengujiku berjauhan dengan suami walau 2 jam sahaja dari KL ke Melaka tetapi suamiku tak datang melihatku pada hujung minggu. Telefon pun tak pernah..bila aku telefon dia..hanya dapat bercakap sekejap sahaja katanya sibuk.Aku tak syak apa-apa. Selepas habis berpantang aku balik semula ke rumah suamiku. Hari semakin hari dapat lihat suamiku sudah berubah.

Pada suatu hari tu dan mungkin Allah nak tunjuk kepadaku ..laptop suamiku dia lupa untuk menutup kata kunci..aku beranikan diri buka..terkejut aku ada ‘chatting’ antara suamiku dan seorang perempuan macam sudah lama kenal..kata-kata pun macam orang sedang bercinta. Aku buat salinan ke ‘pendrive’ dan aku ke kedai untuk mencetaknya sebagai bukti. Bila suamiku balik dari kerja aku bertanya elok-elok pasal hubungan dengan perempuan tu, mulanya dia tak mengaku malah memarahiku dengan lantangnya. Aku tunjuk bukti yang aku buat salinan tu barulah dia mengaku dan memang dia nak bersama perempuan tu. Aku akur kerana aku tak sanggup bermadu aku minta dilepaskan dia setuju.

Aku dan dia ke makamah dan kami bercerai talak satu. Sepanjang edah dia tak pernah datang jumpa aku atau menelefon bertanya khabar jauh sekali. Habis edah dia ajak aku ke makamah syariah sekali lagi untuk ambil surat pengesahan cerai katanya dia nak guna. Sampai dimakamah kerani disitu tanya kepada dia ‘ tak rujuk kew en? ‘ dia hanya tersengih tak menjawab pertanyaan tadi. Bermula aku membawa haluan masing-masing. Tahun berganti tahun bulan berganti bulan aku menjalani kehidupan sendiri walau sedih sangat-sangat aku teruskan juga.

Sudah hampir 6 tahun berlalu… kami tak berhubung tetapi dunia ni kecik bukan…kami terserempak aku tak boleh nak mengelak…dia tegur aku dan katanya ingin kembali kepadaku semula. Katanya dia dah puas mencariku merata tempat tak jumpa.katanya lagi dia dah menyesal selepas perempuan yang dia kejar dulu tu telah meninggalkannya juga. Aku buntu aku berlalu tanpa kata..akhirnya aku balik kampung kerana aku nak lupakan kisah laluku itu…aku mahu cerita yang baru.

Aku selalu doakan dia melupakanku kerana dia tak ada lagi dihatiku. Aku pun dah maafkan dia kerana aku mahu hidup dengan tenang. Aku yakin semuanya terjadi ada hikmahnya. Walau aku bergelar janda aku tak kisah.Walau ada yang mengata aku tak peduli. Sekarang hidupku cukup bahagia tanpa dia yang tak menghargai. Pengajaran biarlah sekali jangan berkali-kali.

 

 

Arie.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s