Langit Tak Selalu Cerah, Suram Malam Tak Berbintang, Itulah Lukisan Alam

Hidup bagaikan sebuah lagu. Bila segala kata cacian yang telah kau berikan membuatku rasa kosong..kosong.. Aku rasa bosan , aku bosan dengan bla bla bla. Lalu, aku merenung ke luar jendela , bayu pagi meniup lembut, lihat bintang  di angkasa, menerangi gelapku. Sedih aku bila kekasih hati pergi meninggalkan aku semalam. Betul kata ayah, dalam perjalanan banyak persimpangan dimana kita bertukar arah.  Tapi arah mana harus aku pilih kerana kiri duri kanan pun berduri. Arah mana ke mana hendak aku melangkah. Buntu. Tak lupa juga mamaku ada kata pada satu ketika akan datangnya seseorang. Dia ada sakti bikin duniaku senang saja bergoncang.

Entahlah. Nak meratap lagi pun dah tak berguna. Hancur..hancur aku. Bila-bila saja hancur aku. Aku pergi ke arah meja dan membelek diariku. Tertulis puisi cintaku dalamnya. Terasa seperti mahu buang semua puisi antara kita berdua kerna kau bunuh dia sesuatu yang ke sebut itu cinta. Sukar nak lupakan dia. Oh tuhan,,yakinkan aku tuhan dia bukan milikku. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Lalu aku buka , rupanya kakak ku di hadapan. Kakak melihat aku menangis seraya dia bertanya , “ senyum..senyum selalu, senyum denganku, tiada seindah senyumanmu”. Kakak cuba memujukku. Aku masih diam. Akak terus berkata , “ Senyum tak perlu ragu, senyum usah dibimbang, tiada seindah senyumanmu”. Aku memandang akak dan berkata, “ Hey soul sister, I don’t wanna miss a single you do tonight. Hey, hey , hey!”, aku cuba berseloroh dengan kakak. Melihat aku senyum, kakak memelukku erat.

“ You know you love me, I know you care. Just shout whenever, I will be there. You are my heart, you are my heart. And we would never ever be apart”, kata kakak sambil memelukku erat. “ Betul tu kak. Ketawa bersama, menangis bersama. Ku bersumpah agar kita mati pun sama” , kata aku sambil menitis ari mata. “ Adik ingat tak pesan mak? Mak pernah cakap hidup ni tak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam”, nasihat kakak. Aku cuma diam dan fahamkan nasihat kakak itu. Kakak selalu ada ketika susah senang aku seperti irama dan lagu. Andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada jiwa..hampa.  Begitulah pentingnya kakak dalam hidupku. Tanpa dirinya aku resah, tanpa kasihnya aku hampa, tanpa dirinya aku mati. Aku akhirnya dapat melelapkan mata setelah tenang dipujuk kakak. Tersenyum aku sendirian  dan memikirkan kehidupanku bagaikan sebuah lagu.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s