Tidak Semua Orang Boleh Berkawan Dengan Saya

 

Setiap dari kita sentiasa akan bertemu dengan seseorang yang asing lantas mereka itu menjadi kawan, saya bersyukur kerana saya di kelilingi oleh kawan-kawan yang pelbagai ragam. Sesungguhnya, saya tidak memilih di dalam berkawan, namun saya berpegang kepada prinsip, yang baik saya ambil buat tauladan, dan yang buruk saya jadikan pengajaran.

Masih terngiang di telinga saya, apabila seorang pegawai menyatakan “ Tidak semua orang boleh berkawan dengan saya, dia amat memilih”. Alhamdulilah, saya tidak sebegitu, saya sentiasa positif di dalam menerima kenalan baru yang hadir dalam hidup saya. Saya tidak akan membiarkan persepsi pertama saya yang buruk terhadap kenalan baru menghalang saya mengenalinya dengan lebih dekat lagi.

Rakan-rakan saya terdiri dari pelbagai keturunan, latar belakang, jantina dan kedudukan. Saya berkawan dengan sesiapa sahaja dan setiap dari mereka yang saya temui, saya suka mencari kelebihan mereka. Saya bertemu seorang kawan yang merupakan penagih dadah, di sebalik kisah hidupnya yang menyedihkan dia seorang yang berbudi bahasa dengan semua orang. Saya juga bertemu dengan rakan lelaki yang berperwatakkan wanita, namun saya belajar dunia gimnastik darinya, kerana dia sangat sukakan acara gimnastik, malah saya penonton setia bila dia cuba beraksi menggunakan reben dan gelung.

Bagi saya tiada manusia yang sempurna, saya mencari keindahan dalam diri mereka yang Tuhan kurniakan. Melaluinya saya mempelajari pelbagai jenis ilmu, dan saya semakin faham bahawa sekiranya niat kita baik, Allah akan menambah lagi kebaikan itu.

Seingat saya, saya bertemu dengan seorang pemuda yang jauh lebih muda dari saya, saya menemaninya ke karoeke yang merupakan hobinya, saya amat kagum apabila dia mampu menyanyikan lagu-lagu Inggeris dengan gerak-geri artis tersebut secara sempurna. Melaluinya hati saya terhibur, melalui persahabatan sebegini dan sekecil ini, kita mampu berbahagia.

Saya percaya ramai di luar sana mempunyai sahabat-sahabat yang istimewa, layanilah mereka seperti insan lain. Raihlah kelebihannya dan tutupilah kekurangannya kerana sesungguhnya kita juga tidak sesempurna mana.

bluerose

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s