Tips Atasi Anak Hiperaktif

Hiperaktif atau ADHD ialah singkatan kepada Attention DEficit Hyperative Dusorder digambarkan sebagai kanan-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak dengar cakap. Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada 25 orang kanak-kanak menghidap ADHD.

Anak hiperaktif adalah mereka yang tidak dapat fokus kepada sesuatu perkara yang dilakukan. Mereka akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak yang hiperaktif.

Ciri-ciri Anak Hiperaktif:

1. Hiperaktiviti
Golongan jika diperhatikan sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Di dalam kelas pula mereka tidak boleh duduk diam dan akan berlari-lari dan memanjat. Selain itu mereka juga suka mengusik orang lain tanpa sebab.

2. Tempoh tumpuan yang singkat
Mereka sangat susah memberikan tumpuan yang lama apabila bercakap dengan mereka. Paling lama tumpuan boleh diberikan adalah 10 minit sahaja. Mereka juga gagal mengikut peraturan. Selain itu ada juga dalam kalangan mereka yang cepat lupa walaupun masih kanak-kanak.

3. Kurang sabar
Mereka ini terlalu cergas, oleh sebab itu mereka kurang sabar. Disebabkan kurang sabar, mereka cenderung mengganggu perbualan orang lain. Akibat daripada kurang sabar, mereka lebuh mudah mendapat kemalangan.

Ada dalam kalangan ibu bapa yang tertekan dengan anak meraka yang hiperaktif. Sebolehnya ibu bapa tidak perlulah terlalu stress dengan keadaan anak mereka yang hiperaktif tetapi mengambil langkah mempelajari beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hiperaktif ini untuk belajar.

Petua dan Cara Mengatasi Anak Hiperaktif:

1. Sediakan suasana yang tenang dengan pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hiperaktif ini memerlukan ketenangan.

2. Luangkan masa setiap hari bersama mereka denga menjalani aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya.

3. Ringkaskan subjek pembelajaran agar ia tidak terlalu panjang dan membosankan.

4. Ibu bapa haruslah lebih kreatif dalam menarik minat anak-anak hiperaktif untuk belajar. Banyakkan menggunakan kaedah visual dan gambar untuk menerangkan sesuatu kepada mereka.

5. Biarkan mereka dengan aktiviti yang mereka minat.

6. Berikan lebih tumpuan kepada mereka kerana mereka akan mendengar kata kalau kita berlembut dan berikan perhatian lebih kepada mereka.

7. Jauhkan kanak-kanak daripada suasana yang boleh menganggu konsentrasi mereka.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s