Dubai Lancar Bas Tanpa Pemandu

Dubai telah melancarkan perkhidmatan bas tanpa pemandu pertamanya dengan tempoh percubaan selama sebulan dengan tujuan untuk mengembangkannya ke seluruh bandar moden di negeri itu.

Bas yang mempunyai 10 tempat duduk itu membuat perjalanan pertamanya pada Khamis (02 September 2016) di sepanjang 700 meter (2,300 kaki) jalan raya di pusat bandar Dubai, berhampiran dengan Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia.

Dibangunkan bersama oleh syarikat dari Perancis Easy Mile dan Omnix yang berpangkalan di Dubai, bas mini yang dikuasakan oleh motor elektrik dan boleh mencapai kelajuan 40km/h. Menurut pemaju, bas tersebut dilengkapi dengan bateri 15kV yang membolehkan ia berjalan selama empat jam dengan penghawa dingin, atau sepuluh jam tanpa penghawa dingin.

Dengan teknologi canggih, pemaju berkata bas tersebut boleh menyesuaikan kelajuannya dengan keadaan sekeliling dan juga berhenti sepenuhnya jika pejalan kaki hendak melintas jalan. Ia mempunyai sensor terbina dalam dan kamera dengan keupayaan penglihatan 270 darjah yang membolehkan kenderaan untuk mengesan halangan.

Lembaga Pengangkutan Jalan (RTA) United Arab Emirates berkata dalam satu kenyataan, ianya boleh diprogramkan untuk bergerak ke destinasi tarikan pelancong utama di Dubai, termasuk Burj Khalifa, Dubai Mall, Dubai Opera dan pusat membeli-belah Souk al-Bahar.
Ujian yang dijalankan ini adalah pada “peringkat pertama dan sangat penting dalam usaha kita untuk memperkenalkan jenis kenderaan ini ke dalam rangkaian pengangkutan di Dubai,” kata pegawai RTA Ahmed Bahrozyan.

Dubai adalah destinasi pelancongan terkemuka di Timur Tengah, menarik 14.2 juta pelawat pada tahun 2015.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s