Cerpen : Kata Kau Sibuk Padahal Dating Orang Lain

Kring! Kring!

Aduh, bising betul lah bunyi jam loceng ni. Rungutku. Jam loceng itu cuba untuk aku capai. Tapi tak sampai pula. Semakin lama semakin bingit pula bunyinya. Tak boleh jadi ni. Aku terus bangun dan membaling jam loceng itu.

Pang! Eh, bukan bunyi tamparan tetapi bunyi jam loceng yang sudah menjadi arwah kerana hentakan kuat pada dinding.

Padan muka! Rasakan! Haha…

Aku cuba untuk melelapkan mata semula tetapi gagal. Inilah akibatnya apabila mengangkat kepala daripada bantal walaupun hanya sekejap. Susah mahu tutup mata semula. Aku terus bangun dan meluru masuk ke dalam bilik air. Mata sudah segar-bugar jadi lebih baik segarkan badan pula.

Selepas mandi, aku terus keluar ke balkoni. Sudah hampir dua minggu aku tinggal di Paya Beach Resort. Kenapa? Sebab hati aku sakit. Sangat sakit apabila mengingati sebab aku membawa diri aku ke sini.

Sedaya upaya aku cuba melupakan peristiwa itu. Tetapi ia masih degil menyapa kotak ingatan aku. Ah, stress! Kejadian dua minggu lepas terlayang kembali…

“Baby, maybe hari ini kita tak boleh keluar. I have meeting with client. Next week I promise, we will spend our time together,” kata Ameer.

“Ala, honey. You already promise to me. Takkan hujung minggu macam ni you masih meeting. Relax honey,” jawab aku.

“Listen, this is very important. Apa kata you hangout with your friend? I’m very sorry, baby.”

Hampa aku mendengarnya. Aku ingat hari ini dapatlah menghabiskan masa bersama tunanganku tetapi dia pula sibuk memanjang. Hampir sebulan juga kami tidak bertemu. Hanya mampu berbual ditelefon sahaja. Benci betul macam ni.

“Okaylah. Bye honey,” ucapku sedih. Talian telefon terus aku matikan. Sakit hati aku. Ameer lebih mementingkan kerjanya daripada aku. Bila aku tanya mulalah kata untuk kumpul duit. Nanti senanglah kita. Huh, macam tak ada alasan lain.

Aku terus mendail nombor telefon kawan baikku, Kyra. Aku berharap dia boleh menemani aku jalan-jalan. Mati kutu aku duduk rumah sorang-sorang.

“Jom, aku free sekarang. Bila on?” jawab Kyra sewaktu aku memberitahu rancanganku.

Ketawa kegirangan aku dibuatnya. Hurray…

“30 minutes from now,” kataku.

“Cantik.”

Kami terus berjumpa di Midvalley. Boleh tahan juga sesak keadaannya. Almaklumlah dah nama pun hujung minggu.

Seronok juga kami borong semua barang dekat Midvalley ini. Dari pakaian hingga ke kasut. Alat make up juga tak dilupakan juga. Itu wajib. Hampir tengah hari nampaknya. Kyra pula sudah merengek kerana perutnya sudah mula lapar. Nak tak nak kena berjeda dahulu. Restoren western menjadi pilihan kami.

Semasa kami berjalan ke kaunter, mata aku tertacap pada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali. Aku terus menarik tangan Kyra. Kyra yang pelik hanya membebel tetapi matanya juga mengikut arah telunjukku.

“Eh, Nora. Itu bukan Ameer ke? Dia buat apa dekat sini? OMG itu siapa pula? Minah seksi mana tu?” kata Kyra dengan kepohnya. Aku pula yang mendengar sudah berasap. Memang perangai Kyra suka cakap lepas begini tetapi sekarang aku tak kisah. Memang betul kata Kyra. Ameer sedang elok bermanja dengan minah ‘seksa’ itu. Huh, memang seksa siapa yang melihatnya.

Aku mula melangkah mendekati Ameer. Baru beberapa langkah Kyra menghalang. “Weyh, kau nak buat apa? Jangan weyh. Dah buang tebiat ke? Jangan cari gaduh dekat public. Kalau kau nak gaduh, gaduh dekat tempat lain. Now, better we go. Jom,” tegah Kyra.

Aku tidak peduli. Aku terus melepaskan pegangan tangan Kyra dan berlari ke arah Ameer. Sampai sahaja di tempat Ameer, apa lagi terkejut beruk lah mamat tu. Nak terbeliak biji mata konon. Tak payah lah lepaskan pegangan tangan tu. Aku dah lama nampak lah.

Tanpa bertangguh, air oren di hadapan Ameer sudah selamat membasahi mukanya. Siapa lagi yang buat kalau bukan aku. Memang patut air oren tu dekat muka dia. Nasib baik bukan air longkang tau. Dia pula yang sangat dikenali dengan sikap pembersih itu mula membebel. Ceh, pembersihlah sangat.

“Sayang, what is all this?” bebel Ameer.

“You say what is all this? So what is all this too? Who is she? Ouh, perempuan simpanan you? Or adik you? But bila you ada adik? Cousin? Rapatnya? Bukan you kurang rapat dengan cousin you ke? So, explain to me now,” tengking aku. Menyirap darah aku keseluruh kepala. Panas beb, panas sangat.

Mata pengunjung lain sudah mula seronok menyaksikan drama sebabak terhangat di pasaran ini. Aku tidak peduli. Yang lebih penting sekarang ini, siapa perempuan ini? Kenapa Ameer bersamanya? Bukan katanya dia ada meeting? Wah ini sudah lebih. Takkan dia menipu aku?

“Okay, sayang may I explain this. This is just my friend. Please be sporting,” jelas Ameer yang hanya menambahkan rasa sakit hati aku ini.

“Banyak cekadak sporting kau. Ah, dah playboy memang dasar payboy. Pergi mampos lah kau. From now, you and me over,” sekali lagi aku menyimbah mukanya. Kali ini dengan air masak pula. Aku menjelirkan lidah dan terus berlalu.

Baru beberapa langkah aku berpusing kembali mendekati Ameer. Ameer pula sudah tersengih melihat aku yang mendekatinya. Mungkin berfikir yang aku sudah ubah fikiran. Ouh please,it’s  just a dream.

Aku membukan cincin tunangku dan letakkan pada kocek kotnya. Jelingan paling tajam aku berikan kepadanya. Dia kelihatan terkejut dan tergamam. Panggilan Kyra langsung tidak aku hiraukan. Tanpa sedar air mataku mengalir. Ah, aku sudah salah memberikan cinta aku.

Bersambung….

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s