Si comel : Sayang @ Buang

“Ala comel… comelllllllllnyer kucing…itu”, ….itulah kata yang akan akan terpacul dibibir mereka yang sangat menyukai haiwan gebu dan bermata sinar ini..namun ada juga yang bersikap dingin, geli dan takut dengan haiwan ini. Tidak mengapa kerana semuanya bergantung pada dirimu. Tidak salah anda tidak menyukai haiwan manja ini, asalkan anda tidak menyakiti dan bertindak kejam ke atas mereka. Si manja ini juga adalah makhluk AllahSWT  yang seperti kita yang sama- sama hidup bergantung dengan rahmat dan kurniaan-Nya

Wajahnya yang comel dan bersikap manja kerap mencuitkan hati dan ia merupakan teman yang setia kepada penggemarnya. Segala telatah dan kerenah si manja ini tidak menjemukan malah menjadi penghibur dan teman dikala kesunyian.

Tahukah kita semua!!!!

“Mioowww…..miowww SAYANGLAH SAYA,” luahan si comel

Islam sangat menganjurkan umatnya saling berkasih sayang sesama manusia, terhadap haiwan dan tumbuhan.  Ini kerana mereka juga adalah ciptaan AllahSWT.  Tidak kira apa sahaja haiwan dan binatang yang di pelihara seperti burung, arnab, ayam dan sebagianya. Kita wajar bersikap belas kasihan dan berbuat baik serta ehsan kepada mereka.

Dalam Islam juga tidak melarang untuk kita memelihara si comel ini, ia terbukti dengan peribadi Nabi Muhammad SAW yang juga seorang pencinta kucing. Baginda begitu menyayangi kucing baginda yang bermana Mueeza dan sering menggendong dan meletakkannya ia di paha  baginda.

Betapa besar kasih dan sayang Baginda terhadap makhluk AllahSWT ini. Sebagai perkongsian ada diriwayatkan juga dari Ali Bin Hasan dan Anas bahawa baginda pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk, Baginda SAW kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasullullah SAW bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

JOM SAYANG KUCING…..JANGAN BUANG!!!!

Pelbagai kelebihan dapat kita perolehi dari memelihara si comel ini. Tidak sukar untuk menjaganya andai kita pandai dan bijak memanfaatkan peluang yang ada. Mulakan langkah awal dengan mendekati haiwan ini. Cuba sekali pasti anda akan menyukainya..si comel  pasti akan mesra dengan anda..jom miowww

TERAPI FIKIRAN

Meluangkan masa kita melayan karenah haiwan peliharaan merupakan satu terapi untuk emosi dan mental kita. Apa yang bagus, si comel ini mampu untuk memberikan ketenangan dan membuang jauh keserabutan yang melanda fikiran kita. Ini amat diakui ramai pencinta haiwan peliharaan  terutamanya mereka yang memelihara kucing. Si comel ini adalah haiwan yang manja dan teman yang setia. Segala karenah dan tingkahlakunya  menghiburkan anda malah sentiasa rasa tidak puas apabila bermain dengan haiwan comel ini.

Cuba luangkan masa dengan seekor kucing dalam 10-30 minit sahaja. Berinteraksi dan membelai kucing akan membantu menurunkan tekanan dan stres yang melanda. Bagi penggemar si comel, segala kerenah dan perilaku haiwan ini akan membuatkan kita akan tersenyum manis. Kemarahan akan reda dan mengubat kepenatan yang ada.

Malah saat kita berduka dan sedih, si manja akan datang rapat dan mengusap pipi kita. Ia mampu membuatkan kita menitiskan air mata. Seolah-olah haiwan comel ini memahami apa yang kita rasakan.

TERAPI PERIBADI

“Kalau nak cari calon pasangan hidup yang peyayang carilah mereka yang sayangkan kucing”, selalu kita dengarkan ayat ini.

Memelihara kucing akan memupuk jiwa sayang dan mencintai terhadap sesuatu yang lain. ia merupakna satu pengajaran dan pelajaran yang baik untuk diri kita.  Sukar untuk meyayangi sesuatu yang lain daripada diri sendiri dan keluarga.

Memelihara kucing juga mampu untuk melatih diri kita untuk bersifat empati, menghormati pendapat  dan idea orang lain. Malah mereka yang cintakan kucing ini turut sama mampu untuk menerima kekurangan dan kelemahan orang lain serta sebaliknya.

Dalam masa yang sama, memelihara kucing ini cukup menjadikan diri kita berdisplin. Nampaknya mudah untuk memelihara si comel ini namun ia turut sama memerlukan komitmen. Sikap ini mengukuhkan peribadi untuk  lebih menjadi lebih berdisplin dengan masa dan persekitaran. Kucing memerlukan pemakanan yang teratur dan pola pemakanan yang berbeza mengikut jenis kucing yang dijaga. Jangan gusar ianya mudah untuk anda lakukan.

Itu baru bab makan. Penjaga kucing perlu peka dengan penjagaan kebersihan dan memberi latihan yang baik untuk membiasakan si comel mereka membuang najis ditempat yang sepatutnya . Semuanya ini akan menjadikan kita seseorang yang peka dan berdisplin.

TERAPI FIZIKAL

Sebenarnya berdampingan dengan kucing ini akan menyihatkan badan dan fizikal kita. Nak tahu bagaimana???

Bersama kucing akan mengurangkan tekanan dan kemurungan. Ini sebenarnya akan turut sama mengurangkan stress dan mengurangkan risiko serangan jantung. Bermain bersama kucing dapat merendahkan kadar cortisol dalam badan dan ini akan meningkatkan  lagi kesihatan badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap tekanan darah dan kolestrol serta mampu mengundang pelbagai penyakit berbahaya yang lain.

TERAPI ROHANI

Memelihara, menjaga dan menyayangi kucing ini bukan sahaja mendapat pahala daripada AllahSWT kerana berbuat baik sesama makhluk namun turut sama mendapat pahala kerana mengikuti sunnah Rasullullah SAW.

Mengasihani kucing boleh diniatkan sebagai satu sedekah dan amalan bersedekah adalah menjanjikan pulangan ganjaran yang besar daripada AllahSWT. Jangan berkira dan lokek untuk  berkongsi rezeki kita kerana ia mungkin akan berganda kelak tanpa kita sedar.

Bersama dengan si comel ini juga akan menbantu membentuk naluri dan hati yang lembut dan mengelak tabiat kedekut dan bakhil. Dalam masa yang sama ia sentiasa mengingatkan kita tentang rasa kehambaan dan kelebihan yang ada serta rahmat-Nya yang sentiasa bersama kita.

Kita boleh juga berkongsi dari kata Ibn Al Haitami  dalam Fatwa:

“Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya(Kucing) dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya”.

JOM BERTINDAK

Dalam persekitaran kita sering kita lihat rasa kemanusian yang kian hilang sesama manusia. Apatah lagi rasa kasih dan sayang  terhadap haiwan. Rasa terkejut bila ada yang sanggup bertindak diluar naluri kemanusian sehingga sanggup menyepak, mencederakan, menyakiti, memotong dan malah ada yang menyiram dengan air panas…aduh….sedih rasanya.

Ayuh kita bantu, terdapat banyak pusat- pusat yang boleh membantu memelihara dan menjaga haiwan ini. Jika tak sanggup memelihara kerana mungkin takut, alahan malah ada yang fobia dan sebagainya. Tak mengapa..Berikan  sahaja si comel ini sedikit makanan dan tidak memperlakukan perkara yang tidak elok terhadapnya. Itu pun sudah memadai.

Terdapat juga pusat seperti SOLLU SHELTER  yang mungkin boleh membantu anda di sekitar Lembah Klang. Pusat jagaan dan perlindungan kucing terbiar ini akan memelihara si comel ini dengan menyediakan tempat tinggal dan rawatan yang sepatutnya.

Bagi yang berkemampuan bolehlah membantu SOLLU SHELTER  ini bagi menampung perbelanjaan dalam menguruskan kucing- kucing ini. Ia juga adalah sedekah dan salah satu cara untuk membantu haiwan ini selain memeliharanya  sendiri. Bagi mereka yang ingin membantu boleh hubungi  Mummy J di talian 019-3725129 ataupun melayari facebook Sollu Shelter – DTjr

Di petik daripada Majalah HARMONI edisi 1-9 Februari 2016

Selain itu juga, terdapat Pusat Perlindungan Kucing Putrajaya dan pelbagai pusat perlindungan dan jagaan lain yang boleh dihubungi. Daripada anda membuangnya di merata tempat hubungilah mereka untuk bantuan.

AYUH KITA BANTU

oleh : syifa nur raudhah

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s