Gagal SPM Tak Bermakna Masa Depan Gelap

Terlalu ramai orang-orang di Malaysia yang beranggapan bahawa pelajaran berbentuk akademik di sekolah adalah penentu segala-galanya. Kononnya kalau dapat keputusan SPM yang berjela-jela A nya maka berjayalah hidupnya sampai bila-bila. Maka yang tak bernasib baik pula akan terlingkuplah hidupnya sampai mati.

Ini semua merepek. Ini semua fikiran sempit dan otak cetek.

Pakcik bukanlah nak menafikan keperntingan akademik tu. Ya memang betul kalau kita dapat keputusan yang baik, memanglah cerah harapan kita untuk berjaya. Kurang-kurang mudah untuk kita sambung belajar dan jalan untuk berjaya tu dah nampak dah.TETAPI itu bukanlah segala-galanya. Berapa ramai kawan Pakcik yang tak di universiti sekarang ni lagi berjaya, lagi kaya daripada Pakcik.

Robert Kiyosaki, kau orang kenal tak dia ni. Kalau tak kenal pergi google dulu. Dia ni penulis buku yang popular ‘Rich Dad, Poor Dad’ ada berkata orang yang berjaya dalam pelajaran akan bekerja dengan orang yang kandas dalam pelajaran. Sebabnya orang yang kandas itulah yang selalu berniaga dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Berapa ramai orang paling kaya dalam dunia ni yang kandas dalam pelajaran. Bill Gates, Richard Branson ………(cari sendiri) tapi memang ramai. Tak percaya lagi ? Oklah Pakcik nak bagi tips mudah kepada semua terutamanya yang kandas pelajaran ni, macam mana kita nak berjaya dengan SPM yang hancur lebur tu.

Fokus kepada minat

Kenalpasti perkara yang kita minat. Minat nak berniaga? Minat nak jadi pomen? Minat nak anyam ketupat? Minat nak main dam ular? Tak kiralah apa-apa minat sekali pun. Cuba cari pekerjaan yang ada kaitan dengan minat kita. Kerja dari bawah lagi bagus. SPM hancur memang tak boleh kerja dari atas pun. Cuba dalami minat tu. Fokus dan sentiasa belajar ketika bekerja. Kerja di satu-satu tempat tu biarlah lama, ambil pengalaman sampai orang dah boleh panggil kita expert dalam satu-satu hal.

Disiplin dan Istiqomah

Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita mesti ada disiplin. Jangan jadi lembu, kerja nak tak nak, kerja macam melepaskan batuk di tangga. Acuh tak acuh. Kerja nak mintak duit mak bapak aje. Dah besar panjang pun masih mengharap mak bapak. Minta maaf cakap sebab pakcik tengok generasi muda sekarang ni terlalu bergantung kepada mak bapak. sampai bila kita nak duduk bawah ketiak mak bapak. Fikirkanlah.

Belajar untuk hidup sendiri, kerja dengan disiplin yang tinggidan Istiqomah. Istiqomah ni maknanya konsisten. Islah dah mengajar kita agar konsisten dalam mengerjakan ibadah dan juga termasuklah kerja-kerja duniawai yang kita lakukan. Kerjalah betul-betul, timba ilmu dan pengalaman sedalam-dalamnya.Kena konsisten. Kalau sekejap sekejap tukar tempat kerja lepas tu sekejap-sekejap minat yang ini lepas dua tiga hari minat yang lain pula. Kalau macam tu jangan haraplah nak berjaya.

Rajin

Dah tahu kita ni tak pandai dalam pelajaran, kenalah rajin lebih sikit dari orang lain Pakcik tak pernah tengok lagi orang yang malas ni berjaya dalam hidup. Selalunya kita boleh tengok ramai usahawan-usahawan yang berjaya ni bekerja tak kira siang dan malam. Tak kenal erti penat. Rajin yang teramat sangat sampai kita pun tak boleh faham dari mana datangnya tenaga mereka. Tetapi itulah yang membezakan mereka dengan orang lain iaitu mereka lebih berjaya dari orang lain.

Nah! sekarang apa alasan kita lagi untuk berjaya ? Kandas SPM ? SPM bukan segala-galanya. Ingat tu.

Oleh : Pak Long Mohsin

 

 

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s