Sebab-sebab Bayi Menangis

Kebaikan tangisan seorang bayi ini adalah:

1. Membantu Proses Komunikasi.

Apabila seorang bayi itu menangis, mereka sebenarnya sedang meningkatkan serta memperbaiki cara mereka untuk berkomunikasi dengan kita. Dan bayangkan pula jika seorang bayi itu tidak menangis. Macam mana kita akan tahu bila waktunya dia perlukan susu atau bila waktunya dia merasa tidak selesa kerana membuang air.

2. Membantu Membina Psikologi Yang Baik.

Sebagai ibubapa, apa yang kita lakukan apabila bayi kita menangis? Semestinya, kita akan berlari kepada mereka, mendukung mereka dan mencuba 1001 cara semata-mata untuk menenangkan mereka. Tahukah anda bahawa respon kita ini memberi mesej yang jelas kepada bayi bahawa mereka tidak dan tidak pernah keseorangan.

3. Meregangkan Otot.

Tangisan juga adalah salah satu cara untuk bayi anda bersenam. Walaupun nampak macam pelik, tapi fakta ini memang tidak dapat dinafikan. Apabila seorang bayi itu menangis, dia akan menggunakan kekuatan otot-ototnya untuk mengeluarkan air mata, berkerut dan juga untuk mengerakkan tangan dan kakinya.

4. Meredakan Emosi.

Manusia memang dilahirkan dengan emosi, perasaan dan cinta daripada hari pertama mereka menarik nafas diatas dunia ini. Maka untuk bayi , mungkin ada perkara yang tidak kena pada pandangan mata mereka yang menyebabkan emosi mereka terganggu. Maka satu-satunya cara untuk mereka respon terhadap emosi ini adalah dengan menangis. Tanpa tangisan, mereka akan terus-terusan mengumpul emosi yang tidak baik itu dalam hati mereka.

 

Sebab – sebab seorang bayi itu menangis:

1. Lapar

Jika bayi anda mula meragam dan menangis tidak tentu hala, cuba semak kembali mungkin anda telah terlepas waktu untuk memberikan mereka susu.

2. Saja-Saja.

Ketahuilah bahawa tangisan ini adalah tangisan yang paling sukar untuk dilayan. Tetapi jangan pula anda risau, apabila bayi anda mula menangis tanpa sebab yang jelas, bawalah mereka jalan-jalan atau menimang mereka.

3. Dukung.

Tangisan mereka adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan perhatian anda supaya anda mendukung dan berada dekat dengan mereka.

4. Penat.

Bayi perlukan rehat yang banyak. Apabila mereka menangis, ada kemungkinan bahawa mereka sudah keletihan dan perlukan tidur.

5. Terlalu Panas atau Sejuk

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, maka kita pun tidak tahu bayi akan menangis sebab panas atau sejuk atau mungkin sekali sebab kedua-duanya serentak. Sentiasa sesuaikan pakaian bayi anda dengan cuaca hari itu.

6. Tukarkan Lampin.

Antara kemungkinan besar apabila bayi itu menangis adalah lampin mereka sudah penuh dengan najis. Dan oleh sebab itu mereka merasa tidak selesa dan memerlukan bantuan orang dewasa untuk bersihkan najis mereka.

7. Tidak Sihat.

Perkara ini yang paling membimbangkan kerana dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, bayi sangat mudah untuk dijangkiti penyakt. Jadi, sentiasalah berhati-hati.

Advertisements