Indahnya Cinta Mat Rock 2

Hampir setiap hari Aliah akan menghantar SMS kepada kekasih hatinya. Setiap kali itu dia akan menangis. Kali terakhir dia berbual dengan Shuib adalah pada malam itu. Segalanya indah sehingga menjelang pagi. Semua berubah menjadi mimpi ngeri untuknya. Setiap kali terpandang sekeping gambar dan lagu yang pernah shuib nyanyi, pasti air matanya mengalir. Begitu dalam rindu dan cintanya kepada Shuib.

“Shuib tak mesej kau lagi?” sapa Hidayah teman sekampungnya.
“Tak, kak.kita dah tak tahu nak buat apa lagi untuk dia balas sms kita.” Air matanya bergenang apabila memandang gambar-gambar Shuib di dalam telefon bimbitnya. Semuanya dia letak gambar Shuib.
“Pasti ada hikmah, mungkin Shuib bukan terbaik untuk Aliah.” Hidayah menepuk bahu adik angkatnya itu.
“Tapi kak, kenapa dia tak bagi tahu kita apa sebab dia buat macam tu. Kenapa dia hilang macam tu je. Setiap hari dia online di facebook, dia tukar status. Kenapa dia tak boleh nak balas sms kita. Susah ke kak dia nak bagi tahu, kalau dia taknak teruskan hubungan ini lagi. Kenapa dia nak buat kita tertunggu-tunggu. Kalau dia dah tak sayangkan kita. Kita faham dan kita tak mengharap,” setitik demi setitik air mata jatuh membasahi tangannya.
“Shuib mungkin nak buat Lia benci kat dia, atau itu mungkin perangai dia. Suka mainkan perasaan perempuan.”

“tapi kak, dia berjaya sakitkan hati kita tapi tak berjaya buat kita bencikan dia. Kita tahu kita tak sempurna untuk dia. Tapi kak kenapa bila kita dah mula percayakan dia, dah sayang dia, kenapa dia buat macam ni. Dia buat kita rasa kita ni bodoh, sebab tertipu dengan dia.” Dia mengelap air matanya.
“Aliah kena sabar, inshaa Allah. Pasti ada hikmah semua ini,”

Bermulanya hari di awal semester baru tahun keduanya. Dia cuba untuk melupakan Shuib dan mulakan hidup yang baru. Tapi itu tidak mungkin akan berlaku kerana kata-kata yang Shuib ucapkan dulu membuatkan hatinya terbuka sepenuhnya untuk menerima Shuib sepenuh hatinya. Sejak itulah dia berubah. Berubah menjadi gadis yang pendiam, tidak banyak bergaul, terperap di dalam bilik, menghabiskan masanya dengan menulis diarinya.

“Lia buat apa tu?”
“Ina, tak buat apalah. Tulis diari je, emm korang dah makan?”
“Belum lagi, kau nak ikut tak kita orang pergi makan,” Ina memandang Aliah yang masih lagi tekun menulis diari.
“Taknaklah, aku tak rasa lapar.”
“Kau masih ingat kat Shuib lagi,” Ina memegang bahu rakannya itu.
“Eh, tak adalah. Aku dah lupakan dia.” Dia cuba menahan rasa hibanya.
“Lia,kau boleh tipu diri kau. Tapi bukan aku, bila Shuib balik Batu Pahat?”
“Entah, aku tak tahu. Aku taknak ambil tahu,” Aliah menutup buku diarinya kemudian mencapai kain tuala.
“Kau nak pergi mana?”
“Aku nak ikut korang keluar, macam haus pula. Aku pergi mandi kejap,” Aliah meninggalkan Nina.

Ina memandang buku berwarna merah jambu yang tertutup rapi itu. Dia mencapai buku itu lalu membuka helaian yang berwarna merah jambu terlipat rapi.

’14 julai 2013
Hari ini Shuib akan balik, tapi dia masih tak balas SMS aku. Ya Allah, jika dia benar bukan jodoh ku, kau damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.’

Ina segera menutup buku itu apabila ada yang memanggil namanya. Sayu hatinya melihat Aliah yang masih lagi mengharap pada Shuib.

Esok adalah hari kelima dia berpuasa dan hari kelima dia genap 19 tahun. Dia tiba-tiba teringatkan Shuib, hampir satu hari suntuk dia menunggu ucapan hari jadi dari Shuib tapi semuanya hampa. Dia tahu yang Shuib dah lupakan dia.
“Aliah, awak ni asyik termenung je,” Eli rakan baiknya menepuk bahunya lembut.
“Saya saja nak habiskan masa rehat kita ni.”
“Saya tahu awak masih teringatkan Shuibkan?”
“Entahlah awak, kita dah cuba untuk lupakan dia, tapi setiap kali nak lupakan dia, kita mesti tak boleh. Mungkin awak betul, kita tak sepatutnya terima Shuib awal-awal dulu. Kalau kita tahu nak jadi macam ni kita takkan terima dia. Tapi dia baik, kita suka dia, rindu gurauan dia, suara dia, gelak dia, senyuman dia.” Air matanya bergenang kembali.
“Aliah. Awak kena kuat,. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya, lepas ni awak jangan bercinta lagi okay.” Eli memegang tangan Aliah yang masih lagi memegang sekeping gambar milik Shuib.
“Kita cuma harapkan dia balas sms kita dan bagi tahu sebab dia buat kita macam ni dan lepas itu kita takkan kacau dia lagi,”
“Awak,dahlah janganlah bersedih lagi.”Aliah hanya membalas kata-kata rakannya itu dengan senyuman yang hambar.

Semuanya yang berlaku di catitkan di dalam buku diarinya. Dia menatap gambar Shuib. “Kenapa kau buat aku macam ini. Aku tahu aku tak sempurna macam perempuan lain. Tapi aku juga ada perasaan yang kau kena tahu. Sekurang-kurangnya kalau kau dah tak sukakan aku. Kau bagi tahu bukan buat aku macam ini. Seumur hidup aku, kau orang pertama yang buat aku macam ni. Kau kata perempuan permainkan kau. Sekarang aku ni mangsa untuk kau balas dendam ke? Aku tak pernah faham dengan sikap kau !” hatinya bermonolog sendiri.

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s