Cuti Hujung Minggu Lain-lain Memang Menyusahkan

Kita seringkali diajak untuk mementingkan ikatan kekeluargaan. Kita dididik untuk sentiasa mengeratkan silaturahim sesama kita. Namun sejak cuti hujung minggu di Malaysia berbeza-beza mengikut negeri, saya percaya perkara ini pasti sedikit sebanyak menggugat keharmonian keluarga. Penulis merasakan perkara ini adalah tidak wajar dan perlu diperbincangkan semula.

Mengapakah Malaysia harus mempunyai perbezaan cuti hujung minggu? Adakah ia perkara yang lebih membawa kebaikan dari keburukan? Di mata penulis, penulis merasakan ianya sangat membebankan institusi kekeluargaan. Contohnya di Johor, penjawat awam bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu, namun ada pasangan yang bertugas di sektor swasta bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Ini belum lagi sekiranya kita mengambil kira cuti yang berbeza dari negeri-negeri yang berbeza.

Adik-beradik yang bertugas di merata-rata negeri di Malaysia sukar berkumpul di rumah ibu bapa, atau menjalankan aktiviti-aktiviti kekeluargaan bersama. Sekiranya, pekerja di Johor sudah pulang menziarahi keluarga, mereka terpaksa menunggu hari Sabtu untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama ahli keluarga lain yang pulang dari Kuala Lumpur, memandangkan mereka pulang ke kampung pada hari Sabtu.

Bagi yang bekerja di Johor, setibanya adik-beradik dari Kuala Lumpur, mereka perlu bersiap untuk pulang ke Johor, kerana keesokkan harinya iaitu hari Ahad, warga Johor bekerja. Andai mereka keletihan, ramailah yang akan mengambil cuti tambahan, cuti sakit atau cuti kecemasan pada hari Ahad tersebut.
Banyak lagi isu berbangkit dari cuti yang tidak selaras, sebagai pihak yang bertanggungjawab perlulah menyelami perasaan masyarakat. Perkara ini nampak kecil namun ia akan memberi impak yang besar kepada institusi kekeluargaan dalam jangka masa panjang.

bluerose

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s