Duit Hantaran Kahwin Punca Beban Hutang Orang Muda

Seperti yang kita ketahui di zaman era moden ni ramai yang memilih untuk menamatkan zaman bujang di usia muda. Dengar macam mudah kan? Bagi orang perempuan, itu semua bukanlah satu beban yang besar untuk dipikul memandangkan perempuan lebih ‘ringan’ dari segi persediaan berbanding lelaki yang perlu menanggung duit ‘Hantaran’ yang dianggap WAJIB pada masa kini. Sedangkan  ‘Hantaran’ itu sekadar hadiah daripada pihak lelaki kepada pengantin perempuan mengikut kemampuan si lelaki tanpa paksaan, akan tetapi telah disalah tafsirkan dan wang hantaran dijadikan isu yang amat sensitif dikalangan bakal pengantin.

Isu wang hantaran sahaja boleh menyebabkan pergaduhan besar antara dua belah pihak. Besar sungguh penangan wang Hantaran ni kan? Tahukah anda, kajian telah membuktikan bahawa ramai bakal pengantin membuat pinjaman untuk melangsungkan perkahwinan memandangkan wang Hantaran diletak tinggi oleh pihak perempuan sehingga membuatkan bakal pengantin lelaki pening kepala memikirkan cara lain untuk mendapatkan wang. Hasil daripada itu, pinjam bank, ahlong, keluarga dan kawan-kawan adalah jalan terakhir untuk menyelesaikan kekusutan di kepala. Hutang lagi.. Bagaimana kehidupan lepas berkahwin pula?

Wang Hantaran yang tinggi seolah-olah menjadi trend sehingga ada lelaki yang sanggup menanggung hutang bagi memenuhi kehendak pihak wanita. Adakah tindakan ini wajar? Wang Hantaran itu sekadar hadiah secara tunai yang diberi kepada pengantin perempuan di atas persetujuan dua belah pihak, bermakna wang Hantaran itu adalah tidak Wajib diberi. Pernikahan tetap menjadi sah tanpa wang Hantaran dan fahamilah konsep wang Hantaran dan mas kahwin. Pemberian mas kahwin adalah WAJIB  kerana telah disebut didalam al-quran tentangnya.  Tiada nas daripada Al-Quran mahupun hadis menetapkan kewajipan memberi wang Hantaran.

Advertisements