Tips Membeli Laptop Terpakai

1. FOKUS PADA BENTUK FIZIKAL LAPTOP TERSEBUT

Casing
Lihat dengan teliti keadaan casing laptop bagi menentukan apakah laptop terpakai tersebut dijaga dengan baik atau tidak. Perhatikan baik-baik seluruh casing laptop sehingga anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tidak memeriksa kerosakan casing laptop yang ada dengan teliti.

Paparan Skrin Laptop
Aspek ini yang paling penting kerana paparan LCD laptop adalah salah satu komponen yang paling mahal. Oleh itu, pastikan paparan laptop tersebut ada kualitinya dan masih mampu memberi paparan yang baik.

Keyboard dan Touchpad
Pastikan keyboard dan touchpad laptop masih berfungsi dengan baik. Apapun ‘test’ dahulu dengan menekan semua huruf dan simbol pada keyboard untuk memastikan semuanya berfungsi apabila ditekan. Penggantian keyboard dan touchpad untuk laptop adalah lebih mahal dan sukar berbanding desktop.

2. PERHATIKAN DENGAN TELITI DAN CERMAT KOMPONEN DALAM LAPTOP

Prossesor
Buat masa ini, sebaiknya anda membeli laptop terpakai yang menggunakan prossesor yang paling minimal Intel Core2Duo @ 3.0 GHz. Prossesor ini masih mampu menjalankan sistem operasi moden seperti Windows 7 dengan cukup baik.
Memori
Harga memori RAM agak murah pada masa kini. Berikan ketelitian kepada kapasiti RAM dan periksa apakah yang boleh diupgrade dengan mudah jika suatu ketika anda menginginkannya. Disarankan agar anda membeli laptop yang mempunyai kapasiti RAM minimal 2GB.

Kapasiti Harddisk
Laptop lama mungkin hanya mempunyai kapasiti harddisk minima atau maksima 50 GB. Tentukan kapasiti yang memenuhi keperluan anda dalam menyimpan data.

Bateri Laptop
Bateri laptop terpakai biasanya lemah. Pertimbangkan apakah anda memerlukan bateri baru. Jika misalnya laptop hanya dipakai di rumah, Anda mungkin tak perlu membeli bateri baru dan boleh menggunakan tenaga elektrik di rumah saja.

3. SPESIFIKASI LAPTOP YANG ANDA MAHUKAN UNTUK KEGUNAAN APA?

Tanyakan pada diri anda, apakah perlu membeli laptop terpakai? Apakah laptop terpakai tersebut boleh bertahan cukup lama atau sebaiknya anda menunggu sedikit waktu untuk membeli yang baru? Ingat, harga laptop baru semakin menurun seiring perkembangan teknologi. Namun jika anda sudah bersedia untuk membeli laptop terpakai setelah mempertimbangkan berbagai untung rugi, lakukan sahaja. Perkara yang paling penting adalah cara penilaian anda terhadap laptop tersebut secara keseluruhan amnya.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s