[VIDEO] Galaxy Note 7 Baru Meletup, Samsung henti penjualan

Samsung telah menarik balik semula telefon pintar Galaxy Note 7 di 10 negara selepas laporan bahawa beberapa bateri meletup atau terbakar. Koh Dong-jin, ketua pegawai eksekutif Samsung kesal dengan penarikan balik peranti yang dianggarkan berjumlah 1 juta unit yang akan memberi kesan kepada pasaran Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Australia.Model Galaxy Note 7 ini dijangka akan dilancarkan di United Kingdom pada Jumaat depan tetapi Samsung berkata ianya terpaksa dihentikan atas sebab “isu sel bateri”. Laporan mula tersebar di media sosial pada minggu ini tentang telefon berkenaan yang terbakar semasa mengecas. Samsung tidak dapat mengesahkan masalah ini berlaku semasa telefon sedang dicas atau semasa penggunaan biasa.

Penarikan balik ini dibuat hanya selepas tempoh dua minggu syarikat itu melancarkan telefon premium terbarunya itu yang mempunyai skrin dan kamera resolusi tinggi. Koh enggan mengulas tentang jumlah sebenar telefon yang perlu diganti, tetapi menurutnya, Samsung telah menjual 2.5 juta unit setakat ini.

Samsung merancang untuk menggantikan bukan sahaja telefon dengan bateri yang rosak kepada pengguna, tetapi juga stok peruncit.

Model di China mempunyai bateri yang berbeza dan tidak ditarikbalik oleh Samsung, vendor telefon pintar terbesar di dunia.

Sumber the guardian

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s