Sultan Selangor Kahwini Personaliti TV

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengahwini personaliti televisyen Norashikin Abdul Rahman pada 31 Ogos 2016 yang lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamed Munir Bani, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid melakukan upacara akad nikah diraja di Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Klang.

Majlis ringkas itu disaksikan oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir, Imam Mohd Rasid Mahful, bekas Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Datuk Salehuddin Saidin.

Norashikin, 45, bekas pramugari Malaysia Airlines, sebelum ini berkahwin dengan Mustapha Kamal Halim, seorang juruterbang di Etihad Airlines. Mereka dikurniakan dua orang anak, Nur Amanda, 17 dan Adam Salleh, 14.

Manakala Sultan Selangor pula mempunyai dua orang anak perempuan, Tengku Zerafina, dan Tengku Zatashah, dari perkahwinan pertamanya dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal. Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, dari perkahwinannya dengan Cik Puan Nur Lisa Abdullah.

pemaisuri selangor2pemaisuri selangorpemaisuri selangor 5pemaisuri selangor 3

ss

Sumber: The Star

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s