Ibuku Seorang Cleaner : Ampunilah Aku Ibu

Perkongsian ini adalah untuk dijadikan pengajaran buat kita semua agar kita menghargai ibu dan bapa kita selagi mereka masih hidup.

Aku Lia (bukan nama sebenar), dulu aku ada seorang nyawa yang aku panggil ibu. Tapi ibu sudah tiada lagi. Aku rasa menyesal seumur hidup sebab tak pernah hargai ibu aku sepanjang hayatnya di dunia. Kisah hidup aku bermula daripada aku kecil lagi, ibu bekerja sebagai cleaner sekolah dan ayah bekerja kampug sahaja yang tidak tetap pendapatannya. Gaji ibuku hanya rm450 sebulan. Cukup-cukup makan untuk kami lima beradik. Itu pun tidak cukup sampai sebulan. Hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rumahku tidak mewah, hanya berlantaikan kayu usang. Aku anak nombor dua daripada lima orang adik beradik.

Kakakku di Universiti menyambung pelajarannya dengan tanggungan JPA. Aku bukanlah seorang anak yang manja dan bukan anak yang sentiasa dapat apa yang aku hajati. Keluargaku susah dan aku selalu menyalahkan ibu dan ayah tentang kesusahan kami ini. Aku pernah memberontak minta ibu belikan ayam KFC disebabkan rakan sekelasku menceritakan kelazatan ayam KFC yang dimakannya. Sepatutnya di usiaku yang menganjak ke 15 tahun itu, aku faham isi hati ibu dan ayahku. Tetapi entah kenapa aku tidak dapat langsung berfikir dengan baik ketika itu. Bodohnya aku!

Hanya kerana ayam KFC itu, aku telah menjerit dan katakan bahawa aku benci ibu dan ayahku. Tanpa perasaan bersalah aku kurungkan diri dalam bilik kerana tak dapat apa yang aku mahukan. Puas ibu mengetuk pintu bilik mengajakku makan malam. Adik-adikku yang masih kecil hanya memandang ibu. Macam-macam janji ibu berikan supaya aku mahu membuka pintu. Berbuih mulut ayahku memujuk ibu supaya makan dahulu kerana ayahku sahaja yang faham betapa penatnya ibuku.

Balik daripada kerja ibu perlu masak untuk kami sekeluarga makan, membasuh baju, mengemas rumah yang berselerak oleh kerana kenakalan adik-adik.. Ibu tak pernah merungut letih. Lama juga aku mengurungkan diri di dalam bilik. Sekian lama, perangaiku semakin menjadi-jadi, aku sering memarahi ibuku hanya kerana ibu tidak menggosok baju sekolahku. Aku benar-benar telah membuat ibuku seperti orang suruhanku. Ibu… ampunkanlah anakmu ini.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, aku habis sekolah dan mendapat tawaran belajar. Aku tolak atas alasan aku mahu bekerja untuk membeli  apa yang tidak pernah aku dapat daripada ibu dan ayahku. Puas ibu memujuk, aku memarahi ibu. Kataku, ibu dan ayah tidak mampu untuk memberikan aku wang untuk aku sambung belajar dan akan hanya memalukan aku sahaja apabila aku memerlukan wang di kolej  nanti. Ibu akhirnya akur denganku dengan wajah yang muram. Lama juga ibuku tidak menegurku, tetapi ibu tetap juga menyiapkan makanan untukku, gosokkan pakaianku dan ibu lakukan macam-macam untuk aku berasa selesa dirumah.

Pernah suatu hari, ibu ingin meminjam duit daripadaku. Kata ibu, untuk membeli buku adikku. Ketika itu aku sudah bekerja di sebuah kilang yang tidak jauh dari rumah. Entah apa yang merasukku, aku herdik ibu. Aku katakan aku tidak ada wang. Aku katakan apa guna ibu bekerja jika ibu suka meminta duit dari anaknya. Ibu diam tanpa sepatah kata. Aku nampak ibu menangis, urat-urat tua ibuku kelihatan timbul. Ibu genggam erat tangannya. Ibu katakan tak mengapa, ibu usahakan sendiri.

Sekarang ibu sudah tiada, ibu terjatuh semasa membersihkan bilik air di rumah orang. Rupanya baru aku tahu, ibu bukan tidak pernah jemu berusaha mencari rezeki untuk kami. Ayahku beritahu ibuku ada mengambil upah membersihkan rumah orang semata-mata untuk mencari duit lebih belikan KFC yang aku pernah minta dahulu. Ibu juga mencari wang untuk aku beli baju baru yang pernah aku minta pada ibu dulu. Bergenang air mataku. Aku tatap wajah ibu untuk kali terakhir. Aku cium dahi hangat ibu, aku genggam tangan tua ibu yang banyak berjasa. Aku menyesal. Aku anak yang derhaka kerana tidak pernah memahami ibu, tidak pernah menghargai ibu, tidak pernah membahagiakan ibu. Ibu… maafkan lah anakmu ini. Aku sayang ibuku… Aku menyesal…. kini semua tidak berguna lagi..

Advertisements

One thought on “Ibuku Seorang Cleaner : Ampunilah Aku Ibu

  1. Anak derhaka mcm kau ni mmg rmai akhir zman ni. Bnar la spt dlm hadis yg lbh krg ” diakhir zmn nnt rmai ibu akn mlhrkan tuan”. Tobat la.

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s