POLIGAMI: Bertenanglah saudari

Seringkali poligami ditakuti oleh wanita. Hampir semua wanita tidak bersetuju dengan lelaki yang ingin berpoligami. Namun penulisan saya kali ini ingin mengajak saudari-saudari sekalian untuk menyediakan diri menghadapi poligami sekiranya ianya berlaku pada anda.

Pegangan saya adalah Allah. Allah yang menentukan segalanya. Manusia seperti kita pasti sentiasa tidak mahu menjadi isteri kedua atau dimadukan. Namun kita harus bersedia kerana sesuatu yang kita takuti itulah yang mungkin akan Allah uji satu hari nanti. Semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah.

Saya teringat kata-kata abah, apakah yang kita mampu lakukan sekiranya suami kita ingin berkahwin dua? Fitrah lelaki sesungguhnya  dan sekiranya boleh dan mampu, sangat suka berkahwin lebih dari satu. Namun lelaki yang berfikiran jauh dan matang akan sentiasa cukup dengan seorang isteri. Lelaki boleh mengelak dari poligami demi menjaga hati isteri. Saya senang hati ingin berpesan, dalam hidup ini yang penting adalah keredhaan Allah, andai Allah redha, mudahlah urusan kita dan sudah tentunya segala permasalahan mampu kita tangani dengan jiwa seorang muslimah.

Saya menyeru saudari-saudari tidak memikirkan yang bukan-bukan tentang poligami. Lebih baik kita fokus kepada tanggungjawab kita terhadap suami, tidak menderhaka kepada suami dan menjalankan perintah Allah sebaik mungkin. Asalkan kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai isteri itu sudah memadai, selebihnya biarlah kita serahkan kepada Allah. Janganlah kita meminta-minta akan penceraian hanya kerana di poligami. Beberapa contoh yang baik boleh diikuti, andai kita berada di zon yang tenang. Lihat sahaja betapa dunia mengecam Memey Suhaiza di kala dia dituduh menjadi punca keretakan rumahtangga Abby Abadi, namun, setelah jiwa-jiwa ini melalui tempoh kematangan dan ketenangan, mereka sudah dapat menerima kehadiran masing-masing dan mampu menerima baik bahawa keluarga mereka kini lebih meriah. Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan, yang penting, ingatlah saudari-saudari, carilah sudut positif di dalam sesuatu yang saudari telah copkan sebagai negatif.

Sebagai wanita saya inginkan anda bahagia, bahagiakanlah diri anda. Sebelum berumahtangga sentiasa letakkan kata-kata ini, lelaki akan berkahwin lebih dari satu dan saya perlu bersiap sedia menghadapinya. Kata-kata ini insyallah akan mengurangkan kekecewaan anda sekiranya ianya benar-benar terjadi pada anda. Jangan sesekali menyalahkan diri sendiri sekiranya suami anda berpoligami, tiada siapa yang salah, ini hanya fitrah kejadian Allah, dan kita adalah  insan yang Allah pilih untuk menerima ujian itu. Mana tahu ia merupakan sesuatu jalan untuk menambahkan pahala kita. Insyallah.

Bluerose

 

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s