Sahabat hingga ke Jannah

Sahabat masih ingatkah dulu ketika awal persahabatan kita, kita kerap bertengkar kerana selalu ada perselisihan faham walaupun ianya kecik tapi sering menjadi punca kita bertekak tetapi walau bagaimanapun yang terjadi kau tetap setia bersama aku.

Sahabat masih ingatkah dulu ketika aku di landa musibah berat sehingga aku tidak mampu untuk menanggungnya tetapi kau memberi pertolongan yang orang lain tidak dapat beri. Kau beri aku dorongan, semangat dan sentiasa bersama aku sehingga aku mampu menempuhnya dengan sabar dan aku bangkit sehingga berjaya.

Sahabat masih ingatkah dulu kau menjagaku bahkan tiada siapa yang berani mendekatiku dan cuba menyakitiku. Kau ibarat pengganti penjagaku di kala ku jauh dari keluargaku. Kau lah teman , kau lah segalanya. Aku merasa amat tenang bersama kau.

Sahabat kau masih ingatkah dulu kita bersama sama berusaha untuk berjaya, tidak kira bagaimana susah pun dugaan yang mendatang. Kita tetap akan bersama sama sabar , tabah dan cekal untuk harunginya sebab kau kata Ujian dan dugaan itu hadir kerana Allah mahu menguji hambanya.

Sahabat kau masih ingatkah dulu, kau sering mengingatkanku tentang solat , walaupun ketika itu aku sering mengelat untuk melakukannya tetapi kau tetap sabar menasihatiku sebab kau kata kau mahu berjumpaku di Jannah. Kau tidak mahu aku tersesat. Kau kata kau sayangkan aku.

Sahabat masih kau ingat di kala aku mengalami kecederaan yang teruk akibat kemalangan kau setia menjagaku sehingga kau tidak mampu berganjak dari melihat aku hilang dari pandangan mata kau. Kau sering bisikan di telingaku. Kau harus sembuh kerana ramai yang menunggu aku termasuk kau.

Sahabat kau masih ingatkah dulu ketika kita akan berkongsi apa sahaja yang kita ada. Semuanya sedih, gembira , kecewa semuanya kita akan kongsi bersama sebab kau cakap Sahabat susah senang selamanya.

Sahabat masih ingatkah janji kita untuk terus bersama sama sehingga ke Jannah? Adakah kau lupa semua itu ? Kau lupa ?

Sahabat masih ingatkah kau ketika kau pula di landa musibah yang amat berat. Aku pula yang memberi semangat kepadamu untuk terus bangun tetapi mengapa kau tetap pergi tinggalkan aku. Mengapa kau tidak mendengar bisikanku kepadamu. Mengapa kau tidak kuat untuk bangun. Mengapa kau harus jatuh. Jatuh yang tidak bangun bangun . Kenapa ? Kenapa? Kesan yang kau tinggal untuk aku sungguh mendalam.

Sahabat sudah hampir dua tahun kau pergi tetapi aku masih lagi tidak boleh lupa persahabatan kita. Aku masih lagi tidak mampu mencari penggantimu.Sudikah kau menungguku di pintu syurga, doaku sentiasa mengiringimu sayang. Kau lah sahabat dunia akhirat !

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s